bait nyanyian Zamani dalam lagu "Biarkan Ia Pergi"
Biarkan ia pergi
Jangan dikesalkan
Tuhan lebih mengerti
Apa yang disuratkan
Jangan dikesalkan
Tuhan lebih mengerti
Apa yang disuratkan
hari ini 10 Mac 2010, selepas 3 hari pemergian arwah atuk aku pulang ke Shah Alam untuk meneruskan perjuangan dalam bidang pengajian. Setelah 3 hari tidak menghadirkan diri ke kelas, aku harap aku tidak hilang arah semasa masuk ke kelas selepas ini. alhamdulillah tadi masuk kelas IBM (International Business) aku masih boleh menurut apa yang diajar walaupun tahap mengantuk itu melebihi apa yang aku boleh bayangkan. apa-apa pun alhamdulillah dapat juga menempuh kelas itu dengan agak baik. oh, terima kasih 'adik' (walaupun bukan adik kandung, entah mengapa aku selesa menggelar budak ini adik) sebab ambil dan hantar 'abang' (mati jika teman lelakinya dapat tahu. ini sekadar panggilan kami. tiada hubungan apa-apa ya).
lepas maghrib hari ini terngiang-ngiang bait lagu dendangan Zamani itu di benak kepala aku. aku memang sangat setuju dan tiada setitis peluh pun tidak bersetuju dengan bait tersebut. ikhlas au katakan ia memberikan aku semangat yang agak pudar selepas kejadian 7 Mac 2010. walaupun keseluruhan lagu ini sibuk bercerita tentang seorang lelaki dan kekasihnya, aku tidak hirau dan kisah. apa yang menarik perhatian aku cuma bait lagu yang terpapar diatas.
- Biarkan ia pergi. ya aku akan biarkan arwah pergi. ia takdir. aku harus terima. memang itulah masa yang terbaik untuknya. pemergiannya pun memang senang dan tidak 'dianggap menyusahkan' kerana semua permasalahan utama telah diselesaikan.
- Jangan dikesalkan. tidak dinafikan aku menyesal tidak pulang minggu lepas. dek program modul UiTM. aku dah dapat sedikit bayangan tetapi aku tidak sedar. argh.. apakan daya, aku redha dan tidak perlu kesal kerana setiap perkara berlaku ada sebabnya.
- Tuhan lebih mengerti. ya, aku tahu ALLAH lebih tahu kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI. jadi aku redha dengan segala yang berlaku.
- Apa yang disuratkan. membawa dari perkara diatas, semua yang disuratkan itu bersebab. dan sebabnya hanya ALLAH sahaja yang pasti apa. peranan aku pula mencari apa yang telah disuratkan dan segala yang berada dibelakangnya.
mungkin pada pembaca entri ini akan berkata, 'baru atuk, belum orang yang lebih rapat (contoh; ayah dan ibu)'. bagi aku ini pun sudah besar. kehilangan orang yang melahirkan dan mendidik aku pastinya lebih memeritkan. aku akan cuba untuk menguatkan hati dan perlu tabah dengan segala cubaan dan dugaan kerana setiap ujian itulah yang akan mengajar kita untuk lebih berjaya dan maju. aku ada teringat firman ALLAH (sekadar isi kerana aku tidak ingat ayat penuh), ALLAH tidak akan menguji hambaNYA jika hambaNYA itu tidak mampu untuk menampung segala dugaannya.
Hj Darini b Hj Dasuki, engkau akan senatiasa dalam ingatan daku.
p/s : terima kasih kepada rakan-rakan, sahabat, rakan seperjuangan, saudara-mara, jiran-jiran, orang kampung, dan sesiapa jua yang mengucapkan takziah dan mendoakan arwah. jasa anda sangat dihargai dan hanya ALLAH sahaja yang mampu untuk membalas segalanya.
la'tahzan Mohamad Shafwan
darthoneavenue
0 Ulasan:
Post a Comment