Aku bukanlah seorang yang pandai bermadah puisi dan berpujangga
Akan tetapi aku meminati dan cuba untuk mempelajarinya
Menulis bukan kemahiranku
Bahkan aku memang bukan seorang yang kritis dan kreatif serta inovatif
Apa yang selalu terpahat ialah rencana minda yang aku sendiri tidak mampu untuk klasifikasikannya
Apa saja yang tertulis adalah apa yang terfikir oleh otakku
Ianya mengalir terus ke tangan lalu ianya terukir di sini.
Mungkin sesetengah penulisan itu nampak seperti menjurus kepada seseorang.
Ya, mungkin kerana dari situlah idea terbit
Akan tetapi ianya bukan untuk menjatuhkan orang itu.
Sekadar peringatan kepada diri sendiri, mungkin kepada orang yang membaca nota-nota sampah ini.
Maafkan diri ini jika penulisan ini mengguris perasaan orang yang membacanya
Aku punya kekhilafan kerana aku adalah manusia, insan dan juga homo sapien
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
0 Ulasan:
Post a Comment