Labels
- aktiviti harian (8)
- Barclays Premier League Review (2)
- Bola Sepak (1)
- borjois lintah dunia (1)
- cuti-cuti malaysia (2)
- Fantasy Premier League (1)
- isu semasa (1)
- makluman/informasi (11)
- monolog dalaman (12)
- Nukilan (11)
- peristiwa (13)
- piala dunia (2)
- sambutan (7)
- Sejarah (1)
- Sukan Sea (1)
- tag (2)
Luahan seorang rakyat biasa
Saya amat tertarik dengan berita-berita di akhbar mengenai Dasar Automotif Negara (DAN) yang telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Walaupun DAN ini dilaporkan secara ringkas sahaja tetapi hati saya mulai gusar dengan apa yang bakal berlaku selepas ini.
Saya menulis ini berdasarkan pemahaman saya berdasarkan laporan di media kerana saya hanyalah rakyat biasa, seperti kebanyakan rakyat di kampung atau luar bandar yang rata-rata tidak begitu mengerti dengan dasar-dasar yang kerajaan akan laksanakan.
Saya bukanlah antara orang yang mampu menukar kereta bagaikan menukar pakaian seperti taukeh besar, pegawai eksekutif atau ahli-ahli Yang Berhormat di luar sana.
Sejak akhir-akhir ini, saya lihat pelbagai peraturan dikenakan terhadap saya dan orang seperti saya untuk meneruskan kehidupan dengan memiliki kereta-kereta yang telah berusia lanjut.
Tidak cukup dengan kenaikan premium insuran pihak ketiga dan keengganan pihak insuran untuk menerima kereta-kereta kami ini, kali ini kami dikejutkan pula dengan DAN yang saya lihat akan banyak menguntungkan ahli-ahli korporat dunia automotif sahaja.
Dengan adanya DAN yang kononya dibuat atas dasar membantu merancakkan industri automotif negara, kami dipaksa secara halus untuk melepaskan kenderaan kami dan membeli kenderaan baru yang didakwa lebih moden serta berteknologi tinggi.
Padahal kami tidak memerlukan kenderaan canggih untuk ke tempat beribadat atau kerja. Cukuplah dengan ketenangan fikiran kami yang bebas daripada hutang pinjaman kenderaan.
Kenderaan yang moden dan canggih tentu sekali datang dengan harga yang kami tidak mampu membelinya secara tunai.
Tetapi jika DAN ini terus menekan kami, maka terpaksalah kami membelinya secara hutang. Kami ingin bertanya kepada pihak berkenaan, adakah dengan berhutang menandakan kita telah maju dan negara akan makin cepat membangun?
Saya juga amat tertarik dengan kenyataan menteri berkaitan yang berhasrat menghentikan kemasukan alat ganti kenderaan terpakai ke negara ini serta komitmen beliau untuk memberi insentif kepada mereka yang ingin membangunkan alat ganti automatif di dalam negara.
Saya berpendapat, tindakan tersebut hanya akan menguntungkan sebelah pihak sahaja dan tentu sekali pihak kami iaitu rakyat biasa akan rugi selama-lamanya.
Mungkin antara kami mampu untuk membeli kenderaan baru secara hutang tetapi belum tentu kami mampu untuk mendapatkan alat ganti kenderaan dengan harga yang munasabah.
Jika kemasukan alat ganti kenderaan terpakai dihentikan, kami terpaksa mendapatkan alat ganti baru yang bukan semuanya datang dengan harga yang mampu milik.
Sebagai contoh, harga kotak gear canggih kereta nasional yang dilancarkan dahulu bagaikan mimpi ngeri kepada pemilik-pemiliknya.
Harganya mencecah belasan ribu ringgit dan tidak sepadan dengan harga keretanya yang kini dalam promosi mudah milik oleh pengeluarnya.
Ia bagaikan kata orang tua-tua di kampung, "mahal tali daripada lembu". Persoalan kami, adakah DAN akan memberi jaminan kepada kami untuk mendapatkan harga alat ganti dengan murah dan berkualiti?
Berdasarkan pengalaman, kebanyakan alat ganti buatan tempatan terlalu rendah kualitinya dan ia boleh membahayakan pengguna pula.
Oleh itu, kami amat berharap kerajaan dapat mengkaji semula DAN demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.
Kami bukanlah menentang pelaksanaan DAN tetapi biarlah ia dapat memberi manafaat kepada seluruh rakyat, bukannya kepada pihak tertentu sahaja.
Dengarlah rintihan orang seperti kami. Jangan hancurkan kepercayaan kami.
Jika rintihan kami diabaikan, maka konsep 1Malaysia yang dicanangkan akan gagal di tengah jalan kerana apa yang kami lihat, keutamaan hanya diberikan kepada pihak-pihak tertentu sahaja.
dipetik daripada : malaysiakini
nah kau. sekali lagi kita bakal terhimpit dengan ketamakan borjois. inilah projek menyusahkan rakyat, secara halus menyedut segala duit rakyat untuk keentingan sendiri. yang kaya makin kaya, yang kurang kemampuan semakin kurang kemampuannya.
apa kata anda?
Posted by : darth one on Monday, December 14, 2009 | Topik ini bersangkut paut dengan borjois lintah dunia, isu semasa, makluman/informasi, monolog dalaman, Nukilan | 0 Comments
be smart about MyKad
This is not that much of a novelty because MyKad-based visitor registration systems have been around for a few years now. Nevertheless, it must still be odd for many of us to use our MyKad for anything other than identity verification in our dealings with government departments and financial institutions.
But in fact, MyKad was conceived as something more than a high-tech replacement for the laminated identity cards we used to carry around.
When launching MyKad in September 2001, then Deputy Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said, “MyKad will be recognised worldwide as the Malaysian multipurpose, citizen smart card, the world’s first multi-application card.”
The project started in the late 1990s as one of the four flagship applications that were meant to kick-start the Multimedia Super Corridor (now MSC Malaysia).
This is what you’ll find on the Multimedia Development Corp (MDeC) website: “The development of a national MyKad flagship application enables the government and private application providers to implement smart card solutions without duplications of effort and investment.
“The project was successfully implemented with the issuance to 2.59 million people in the Klang Valley as of October 2002, and has been extended nationwide since 2005. The card is embedded with a security enhanced 64K microprocessor chip that is multifunctional across varying systems.
“MyKad can be used for the following purposes: national ID, driving licence, passport information, health information, Touch ‘n’ Go, MEPS Cash, ATM (automated teller machine) and public key infrastructure.”
The key phrase here is “can be used”. More than a decade after the idea of a multi-purpose smart card for all Malaysians was floated, we still see MyKad as primarily an identity card. That’s like doing nothing but word processing on a personal computer.
The underutilisation of the MyKad infrastructure is almost criminal. A few years ago, it was reported that it cost the Government RM33 to produce each card. A recent report says there are about 20 million MyKad owners. Going by these numbers, some RM660mil has been spent just to issue the cards.
What about the investments in the other components of the infrastructure, such as the tens of thousands of various forms of MyKad readers and MyKad-based recording systems? Throw in the money spent on developing applications for MyKad, and we may be taking about billions of ringgit.
The prevalence of the cards (and to some extent, of the card readers) in Malaysia dangles before us a great opportunity to boost reach and efficiency. What we have here is a way to digitally connect to 20 million people and to offer them the convenience of making a range of transactions using a single card.
Of course, there are reasons people shrink away from the multi-functional promise of MyKad. Some fear theft or misuse of the information contained in the cards.
For a long time, there has been no sturdy counterweight to that concern. But the Personal Data Protection Bill has been tabled in parliament in the current sitting.
Its passage will allow the authorities “to regulate the processing of personal data of individuals involved in commercial transactions by data users so as to provide protection to the individual’s personal data and thereby safeguard the interests of such individual”.
Then, there’s the common argument that having a multi-purpose card is risky because it’s akin to putting all your eggs in one basket. There’s the worry that a damaged or missing MyKad can result in massive hassles or even losses.
This is a matter that needs to be addressed by the Government, but surely there are ways to ensure a speedy replacement of the cards and the information. Besides, losing a multi-functional card is no different than losing your wallet or purse.
This is not the only issue that the Government needs to tackle. It has to ensure that the relevant agencies are on the same page in promoting and encouraging the adoption of the additional MyKad applications.
In addition, some industry players believe that it is difficult to build an ecosystem around the MyKad infrastructure because it doesn’t work on an open source operating system. This too may require the Government to step in to lay the middle path.
·Deputy business editor Errol Oh dreads having to hand over anything bearing his photograph to strangers; he frets that he’s being cruel to them.
this article link : the star
nah kau! antara projek membazir wang dan projek menguntungkan pemodal kapitalis.
bagi pengguna yang agak ganas seperti aku, MyKad adalah teknologi terbangang pernah wujud.
dengan ketahanan kad cuma beberapa tahun, menukar kad memakan kos paling kurang sepuluh ringgit dan cip yang cepat jahanam, adakah ini bagus. cuba kita renung kembali zaman kad pengenalan "laminate" ala-ala lesen sekarang. lebih tahan lama, kos yang agak murah untuk dijaga sebab boleh "laminate" banyak kali, tiada kerisauan cip rosak sebab tiada cip pun.
bagi aku, kembalikan semula kad pengenalan lama. MyKad hanya menyusahkan. apa kata anda?
Posted by : darth one on Sunday, December 13, 2009 | Topik ini bersangkut paut dengan makluman/informasi, monolog dalaman, Nukilan | 0 Comments
Chin Peng; pengganas ataupun pejuang?
2 Disember 2009, 20 tahun Perjanjian Damai Hatyai yang mengikat antara tiga pihak iaitu Parti Komunis Malaya (PKM), Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Sebelum daripada tarikh tersebut, banyak berita tentang Chin Peng memenuhi dada-dada akhbar dan saluran media negara.
Siapa Chin Peng? Chin Peng ataupun Ong Boon Hwa merupakan antara pemimpin tertinggi PKM yang turut disertai oleh Abdullah CD, Suriani Abdullah dan Rashid Maidin. Untuk maklumat lanjut mengenai beliau boleh didapati di internet dengan carian "Chin Peng".
PKM? merupakan sebuah parti yang di"anggap" berhaluan kiri oleh pemerintah British. Ditubuhkan pada tahun 1930 yang pada mulanya ingin menentang pemerintahan British. Akan tetapi, pada tahun 1942 mereka menubuhkan Malayan Peoples' Anti-Japanese Army (MPAJA).
Mereka juga turut menubuhkan Parti Komunis Melayu Malaya (PKMM, atau rejimen ke-10). selebihnya boleh dicari dilaman internet.
Ordinan Darurat 1948? pada pertengahan Jun 1948, kaum penjajah British melaksanakan Undang-undang Daruat di seluruh negara, melakukan penangkapan secara besar-besaran, mengharamkan parti-parti politik dan pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air dengan berselindung di sebalik topeng membasmi komunis yang "mengancam" keselamatan negara. Sudah pasti negara yang dimaksudkan ialah kekuasaan penjajah British di Malaya. Selepas ancaman komunis tamat pada 1989, ia diteruskan oleh pimpinan kerajaan Barisan Nasional dan dikenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
jika ditilik situasi ketika itu, kedudukan penjajah British benar-benar diancam oleh perjuangan kemerdekaan rakyat berbagai kaum dari berbagai aliran patriotik demokratik atau disebut juga sebagai golongan kiri. Boleh dikatakan semua kekuatan progresif Melayu dan bukan Melayu telah bergabung dalam barisan bersatu PUTERA – AMCJA. UMNO sebagai pertubuhan yang mewakili golongan pertengahan dan atasan Melayu yang menyokong pemerintahan British sudah tidak dapat menandingi gabungan kekuatan kiri berbagai kaum tersebut. Hartal raksasa 1947 yang dilancarkan PUTERA-AMCJA benar-benar dirasakan kesannya oleh kaum penjajah.
Ia disemarakkan lagi dengan situasi perjuangan kemerdekaan di serata tempat di Asia dan Afrika. Persidangan Serantau Asia yang diadakan di New Delhi dan Persidangan Parti-Parti Komunis Negara Komanwelth pada tahun 1947 benar-benar telah menambah semangat baru kepada gerakan kemerdekaan di Asia.
Itu semua adalah sedikit sebanyak sejarah PKM, Darurat 1948 dan jalan sebenar kemerdekaan.
itu semua adalah sejarah, biarlah tidak tersiar dalam buku KBSM ataupun buku sejarah ciptaan pemerintah kini.
Bagi aku, setiap manusia sepatutnya diberikan peluang untuk menebus kesalahan. memang tidak dinafikan bahawa PKM telah membunuh ramai orang terutamanya askar melayu yang ketika itu dibawah penjajah British. Ramai yang tidak tahu bahawa Abdullah CD serta isterinya Suriani Abdullah telah pulang ke Malaysia dan menetap di Malaysia.
Mengapa kita perlu menghalang seseorang untuk pulang ke tanah air sendiri? adakah kerana dia adalah kaum cina? Please stop from being racist!! apakah yang mampu dibuat oleh seorang tua yang berusia 85 tahun? erm.... entahlah....
nota kaki; ini adalah pandangan dari sudut aku, jika tidak suka tidak mengapa. dan mintak janganlah bermaki-maki.
Posted by : darth one on Saturday, December 12, 2009 | Topik ini bersangkut paut dengan monolog dalaman, Nukilan, peristiwa, Sejarah | 0 Comments
Sukan Sea; Bola Sepak Lelaki

Sedikit preview tentang bola sepak Malaysia.
Pasukan Malaysia U-23 layak ke perlawanan separuh akhir untuk menentang Laos setelah berjaya menundukkan pasukan gergasi Asia Tenggara, Thailand 2 berbalas 1.
Dalam kumpulan yang mengandungi lima pasukan, Malaysia berjaya menduduki tangga kedua dibelakang Vietnam.
Berikut adalah keputusan perlawanan dalam kumpulan A.
Malaysia 11 - 0 Timur Leste
Malaysia 1 - 3 Vietnam
Malaysia 4 - 0 Cambodia
Malaysia 2 - 1 Thailand
Kumpulan B diwakili oleh Laos dan Singapura. Perlawanan Separuh Akhir adalah seperti berikut:
Malaysia vs Laos
Vietnam vs Singapore
nota kaki: sabtu, 12/12/2009, 1630hrs bertempat di Stadium Jugra. aku ada friendly. lame ouh xmain bola kat stadium.. hoho
Posted by : darth one on | Topik ini bersangkut paut dengan Bola Sepak, makluman/informasi, peristiwa, Sukan Sea | 1 Comments



