ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam

    Favourite Quotes

    # "I am not a has-been. I am a will be"

    # "determine to do some thinking for yourself. Don't live entirely upon the thoughts of others. don't be an automaton"

    # "The most pathetic person in the world is someone who has sight but has no vision"

    # "the act of putting pen to paper encourages pause for thought, this is turn makes us think more deeply about life, which helps us regain our equilibrium"

Sahabat Maya

hidup-mati lu dan gua


gua rasa hidup gua memang selalu tak seimbang. sekejap diatas, sekejap dibawah. gua tau adat kehidupan umpama roda yang berputar. ada masa gua memang boleh menampung segala beban yang gua kena pikul. ada suatu masa tu gua memang serabut sangat. korang kalau kat tempat gua pun rasa nak bunuh diri bai. tapi syukur gua masih ada iman bai.

malam tu gua mimpi jumpa albert einstein. dia surahkan kat gua dalam bahasa omputeh camni "Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving." gua ni memang bahasa penjajah tak berapa nak paham. bangun tu gua cari kamus terjemah apa persurahan einstein ni.

cari punya cari gua dapat terjemahan terbaik untuk ayat diatas. "hiudp ini umpama sebuah basikal. untuk memastikan ianya senantiasa seimbang korang kena terus mengayuh." ha, korang mesti pahamkan apa maksudnya. gua dah paham sebab gua dah rujuk kamus dewan bahasa dan pustaka. ha ha

dalam kehidupan ini, kita sebagai manusia sepatutnya aplikasikan contoh basikal si albert cakap. apa jua berlaku, korang kena terus bergerak kehadapan. tempuh kehidupan itu sebaik mungkin. cari balik titik mula yang baik untuk membuat garis lurus yang baru. korang memang dah sedia maklum bahawa kita tidak boleh mengundur ke titik mula yang dah lepas. jadi gua nasihatkan lu orang cari titik baru dan pacu kearah yang lebih baik.


*p/s : gua reka je bai cerita ni. jangan lu orang percaya sudahlah. gua masih noob dalam penulisan cerita. ha ha ha

Pembalasan Teori


entri kali ini gua nak cerita pasal pembalasan sesuatu kepada gua. gua percaya setiap susuk tubuh yang pernah bergelar pelajar unibersiti mesti merasa pembalasan ini. kursus yang gua pelajari memang memerlukan pemikiran dan pengetahuan teori yang melebihi tahap yang gua ada. entri ini gua nak kupas sekeping-sekeping punca gua dapat pembalasan yang setimpal tu.

yang pertama-tamanya gua nak sentuh subjek gua paling 'L' besar. looser la bai. gua memang kurang berkenan dengan subjek ni. subjek international economics. oh, memang gua paling malas bila masuk kelas ni. kira jiwa gua kat ruang tamu 516, badan dan nyawa kat kelas. pembalasan yang gua dapat baik kurang senyuman.

keduanya subjek environMENTAL economics. gua bukan sengaja menebalkan perkataan mental tu. memang nyata sesiapa masuk kelas ni memang mental. gua? kompom gua banyak tidur kat ruang tamu 516. ha ha. pembalasan gua dapat, baik senyum la.

subjek ketiga, business forecasting. subjek ni yang ajar punyai suara lunak dan halus. maksud gua halus macam kepala harith iskandar. gua dengar 3 patah perkataan, lepas tu ingatan gua lesap sampai golok. nasib baik kelas selalu habis awal, kalau tidak gua dah sampai bali bai. ha ha. dan-dan pemarkahan berterusan gua manis-manis lulus sebab gua skor ujian dua. pembalasannya gua dapat baik kurang senyuman la.

aduh. subjek keempat ni gua agak bebal la gak. islamic business transaction. hari pertama gua nampak buku, gua rasa nak pitam. gila nak hafal semua terjemahan al-quran (yang berkaitan), dalam bahasa omputeh. gua dah la memang foul black bahasa penjajah ni. pembalasan gua dapat baik kurang senyuman la. tapi gua ingat gua pergi kenduri dia gua dapat jack sikit markah tapi haremmmmm. ha ha

kelimanya, subjek research methodology. kelas dia ni gua rasa yang ajar gua pun tak kenal gua. ha ha. tapi gua dapat ahli kumpulan yang rajin sikit dari gua untuk melunaskan semua bebanan. pembalasan gua dapat baik senyum punya. ha ha ha

subjek gua yang terakhir, subjek strategic management. kelas zZzZzzzZzz, bla bla bla bla dan juga kah kah kah. serius gua dalam kelas ni memang jiwa gua melewati satu dunia. sedar-sedar gua dah nak jawab kertas peperiksaan akhir. ha ha. pembalasan gua dapat baik-baik sahaja.

secara keseluruhannya gua simpulkan pembalasan gua dapat memang menepati kata-kata pujangga yang berbunyi "padanlah dengan ponteng kelas dan tidurnya". ha ha ha

gua SENYUM bai!


gua taip entri ni sebab gua bengang dengan KERAjaan. ini adalah sebab kenapa gua bengang.

1. KERAjaan berjanji tidak akan menaikkan kadar harga minyak RON95 pada tahun ini tapi mereka memungkirinya. bukti:

klik gambar untuk paparan lebih besar. bukan gua tipu

2. SYABAS ingin menaikkan tarif air sebanyak 37% walhal CEO SYABAS bergaji sekitar RM425,000 sebulan atau 5.1 Juta setahun.


3. Kenaikan harga gula yang mengakibatkan harga barangan lain melonjak naik.

4. Gaji bapak gua gomen xnak naikkan selaras dengan kenaikkan harga barang.

5. Gua dengar cerita tarif elektrik bakal naik pada tahun 2011, tarikh masih tidak diketahui. sama kes dengan harga minyak ron95.

6. ok, ini bukan gomen nye cadangan tp antara org dalam gomen. Shahidan Kassim (xtau sape boleh google) mencadangkan supaya Fesbuk ditutup dan diharamkan di Malaysia kerana fesbuk ini boleh mengancam keselamatan negara. ciss, nanti gua nak berlibur dan berhibur kat mane?

7. gua rase cukup dulu. nanti gua update ag.

Masa itu Emas

Waktu Solat

formspring.me

Ruangan Bersembang

Barclays Premier League Live Scores

Kick Out Racism

Kick Out Racism
stop racism because racism against citizens is a serious matter

Followers