ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam

    Favourite Quotes

    # "I am not a has-been. I am a will be"

    # "determine to do some thinking for yourself. Don't live entirely upon the thoughts of others. don't be an automaton"

    # "The most pathetic person in the world is someone who has sight but has no vision"

    # "the act of putting pen to paper encourages pause for thought, this is turn makes us think more deeply about life, which helps us regain our equilibrium"

Sahabat Maya

Pembalasan Teori


entri kali ini gua nak cerita pasal pembalasan sesuatu kepada gua. gua percaya setiap susuk tubuh yang pernah bergelar pelajar unibersiti mesti merasa pembalasan ini. kursus yang gua pelajari memang memerlukan pemikiran dan pengetahuan teori yang melebihi tahap yang gua ada. entri ini gua nak kupas sekeping-sekeping punca gua dapat pembalasan yang setimpal tu.

yang pertama-tamanya gua nak sentuh subjek gua paling 'L' besar. looser la bai. gua memang kurang berkenan dengan subjek ni. subjek international economics. oh, memang gua paling malas bila masuk kelas ni. kira jiwa gua kat ruang tamu 516, badan dan nyawa kat kelas. pembalasan yang gua dapat baik kurang senyuman.

keduanya subjek environMENTAL economics. gua bukan sengaja menebalkan perkataan mental tu. memang nyata sesiapa masuk kelas ni memang mental. gua? kompom gua banyak tidur kat ruang tamu 516. ha ha. pembalasan gua dapat, baik senyum la.

subjek ketiga, business forecasting. subjek ni yang ajar punyai suara lunak dan halus. maksud gua halus macam kepala harith iskandar. gua dengar 3 patah perkataan, lepas tu ingatan gua lesap sampai golok. nasib baik kelas selalu habis awal, kalau tidak gua dah sampai bali bai. ha ha. dan-dan pemarkahan berterusan gua manis-manis lulus sebab gua skor ujian dua. pembalasannya gua dapat baik kurang senyuman la.

aduh. subjek keempat ni gua agak bebal la gak. islamic business transaction. hari pertama gua nampak buku, gua rasa nak pitam. gila nak hafal semua terjemahan al-quran (yang berkaitan), dalam bahasa omputeh. gua dah la memang foul black bahasa penjajah ni. pembalasan gua dapat baik kurang senyuman la. tapi gua ingat gua pergi kenduri dia gua dapat jack sikit markah tapi haremmmmm. ha ha

kelimanya, subjek research methodology. kelas dia ni gua rasa yang ajar gua pun tak kenal gua. ha ha. tapi gua dapat ahli kumpulan yang rajin sikit dari gua untuk melunaskan semua bebanan. pembalasan gua dapat baik senyum punya. ha ha ha

subjek gua yang terakhir, subjek strategic management. kelas zZzZzzzZzz, bla bla bla bla dan juga kah kah kah. serius gua dalam kelas ni memang jiwa gua melewati satu dunia. sedar-sedar gua dah nak jawab kertas peperiksaan akhir. ha ha. pembalasan gua dapat baik-baik sahaja.

secara keseluruhannya gua simpulkan pembalasan gua dapat memang menepati kata-kata pujangga yang berbunyi "padanlah dengan ponteng kelas dan tidurnya". ha ha ha

0 Ulasan:

Masa itu Emas

Waktu Solat

formspring.me


Ruangan Bersembang

Barclays Premier League Live Scores

Kick Out Racism

Kick Out Racism
stop racism because racism against citizens is a serious matter

Followers