gua rasa hidup gua memang selalu tak seimbang. sekejap diatas, sekejap dibawah. gua tau adat kehidupan umpama roda yang berputar. ada masa gua memang boleh menampung segala beban yang gua kena pikul. ada suatu masa tu gua memang serabut sangat. korang kalau kat tempat gua pun rasa nak bunuh diri bai. tapi syukur gua masih ada iman bai.
malam tu gua mimpi jumpa albert einstein. dia surahkan kat gua dalam bahasa omputeh camni "Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving." gua ni memang bahasa penjajah tak berapa nak paham. bangun tu gua cari kamus terjemah apa persurahan einstein ni.
cari punya cari gua dapat terjemahan terbaik untuk ayat diatas. "hiudp ini umpama sebuah basikal. untuk memastikan ianya senantiasa seimbang korang kena terus mengayuh." ha, korang mesti pahamkan apa maksudnya. gua dah paham sebab gua dah rujuk kamus dewan bahasa dan pustaka. ha ha
dalam kehidupan ini, kita sebagai manusia sepatutnya aplikasikan contoh basikal si albert cakap. apa jua berlaku, korang kena terus bergerak kehadapan. tempuh kehidupan itu sebaik mungkin. cari balik titik mula yang baik untuk membuat garis lurus yang baru. korang memang dah sedia maklum bahawa kita tidak boleh mengundur ke titik mula yang dah lepas. jadi gua nasihatkan lu orang cari titik baru dan pacu kearah yang lebih baik.
*p/s : gua reka je bai cerita ni. jangan lu orang percaya sudahlah. gua masih noob dalam penulisan cerita. ha ha ha
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
0 Ulasan:
Post a Comment