ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam

    Favourite Quotes

    # "I am not a has-been. I am a will be"

    # "determine to do some thinking for yourself. Don't live entirely upon the thoughts of others. don't be an automaton"

    # "The most pathetic person in the world is someone who has sight but has no vision"

    # "the act of putting pen to paper encourages pause for thought, this is turn makes us think more deeply about life, which helps us regain our equilibrium"

Sahabat Maya

Pause and Ponder IV


every point have their views and perspectives. discern from every angle would be nicer.







darthoneavenue

oh bintang kecil



oh bintang kecil
memancarkan cahaya nan sayup
menyinari ruangan kecil biarpun kesayupan
kau tidak layu dan mudah luntur usaha
mencuba sehabis daya

oh bintang kecil
hadirmu tidak membawa sinar baru
tetapi hadirmu membawa satu permulaan
permulaan haluan baru
haluan yang menjanjikan sesuatu

oh bintang kecil
bergerak menarilah dikau
menghasilkan senyuman dibibir
kotak pemikiran mulai hilang kusut
terkesima melihat dikau

oh bintang kecil
terima kasih atas pancaran cahaya mu
terima kasih atas hadiran mu
terima kasih atas usaha mu
terima kasih atas diri mu


darthoneavenue

A.K.U.R


nota sebelum lelap mata.

bila aku menyingkap kisah silam,
hadir satu perasaan hiba,
menghadirkan jiwa yang kelam,
tertusuk jiwa terpana.

hadir diri membawa erti,
kehadiran ini bukan sekadar kata,
beginilah hidup dalam realiti,
bergelumang dengan suka dan duka.

berdiri gagah sebagai insan,
segak seperti seorang yang perkasa,
mengharapkan diri diberi pengampunan,
agar kehidupan ini lebih bahagia.

berjalan kehulu dan kehilir,
mencari arah yang tidak pasti tujunya,
biarlah kisah silam mengalir bak air,
kita berkoloborasi untuk mara bersama.

kumulatif hidup ini dari pengalaman,
sayugia mengharapkan sesuatu bermakna,
hadirnya pahit jadikan sempadan,
kemanisan hidup itu manfaat bersama.

terus berjalan mencari ilmu,
sejauh China yang nun jauh dari pandangan,
walaupun hati ini senantiasa dinodai cemburu,
bukanlah itu yang harus diutamakan.


R.E.L.I.E.F


Finally, i've made my decision. i've inform all parties involved. thank god, the reaction is positive and i do really love to hear that. thanks for the cooperation guys. i know most you guys shocked wit my decision but i've a strong reason and because of few constraint. i do know my weaknesses, that's why i'm stepping backward. i'm so sorry for all inconvenience that i've burden all of you guys. i really don't mean it. it just my weaknesses.

to the one who takeover all my responsibilities after this, thank you. if you have anything regarding to "this", don't be hesitate to ask me. i'll assist you as far as i can.



this post is continuation from this entry : aku berundur.


darthoneavenue

Pause and Ponder IV



what do you first do when you learn to swim? you make mistakes, do you not? and what happens? you make other mistakes, and when you have made all the mistakes you possibly can without drowning - and some of them many times over - what do you find? that you can swim? well - life is just the same as learning to swim! do not be afraid of making mistakes, for there is no other way of learning how to live!

Soal-Jawab Darth One


  1. ada suara mula bertanya, "wan, kenapa penulisan ko penuh dengan skematik?" aku pun jawab "itu gaya penulisan aku. untuk memulihkan tahap Bahasa Melayu aku"
  2. "Wan, lutut kau dah pulih ke belum?", "belum" jawapanku ringkas.
  3. "Wan, penulisan kau kadang-kadang menampakkan kau marahlah, pada siapa?" aku pun jawab " bukan marah tetapi ini adalah janaan idea pada masa itu"
  4. "Wan, kenapa kau meminati Liverpool? kan Liverpool tidak se gah Manchester United." jawab ku ringkas "aku bukan glory seekers"
  5. "Sejak dua menjak ini kau macam PMS sahaja Wan?", sambil garu kepala "hormon tidak stabil"
  6. "Wan, kau ni penuh dogmatik dalam perbualan" aku pun balas "sukahati akulah"
  7. "kau ni dah terlampau obses dengan Facebook ni Wan", sambil garu kepala dan menjawab "ini kan medium untuk aku kenali rakan-rakan aku"
  8. "Wan jom karaoke" aku pun jawab dengan sepantas angin "jom, tetapi sila jaga gegendang telinga anda. ha ha ha"
  9. "Wan, sekarang dengan siapa?", aku pun jawab, "soalan apakah ini?"
  10. "Wan pinjam duit sikit." aku pun membalas "berapa itu? aku dah agak kekontangan ini. agak-agak boleh aku buat pinjaman peribadi dengan kau tak?"

Entah apa gila otak aku berputar seperti alternator kereta. Setelah medapat bantuan bateri untuk memulakan penulisan, otak aku berputar-putar dan meronta-ronta untuk mengluarkan idea.

Jadi mungkin selepas ini aku seperti mahu menaip entri soal-jawab bersama darth one a.k.a Mohamad Shafwan. Sesiapa yang berminat untuk bertanya, anda dialu-alukan untuk bertanya. Semua soalan akan dijawab. Tinggalkan soalan pada entri ini ataupun kotak berbual disebelah kanan entri ini. Terima Kasih

Europa Ligue a.k.a EUFA Cup


entri kali ini membicarakan perihal Liverpool F.C. setelah sekian lama tidak bersaing dalam piala ini yang kali terakhir disertai oleh Liverpool F.C pada tahun 2001 dan menjadi juara pada tahun itu juga. Selepas dari tahun itu, Liverpool tidak bermain untuk piala ini kerana layak untuk bermain Piala Juara-Juara Eropah. Setelah kira-kira sepuluh tahun, kini Liverpool bersaing kembali dalam kejohanan ini.

Pagi ini (jam 0200 pagi waktu Malaysia) Liverpool akan meneruskan perjuangan memburu piala ini selepas menumpaskan Unirea Urziceni. Kini Liverpoo akan bertemu Lille, sebuah kelab dari Perancis.

Seperti biasa peminat sesebuah kelab, aku meneka secara bias untuk Liverpool mudah membelasah Lille. Apa-apapun jumpa di siaran Astro ya!~

Senarai perlawanan pagi ini (last 16),

  • Atletico Madrid ? - ? Sporting Lisbon
  • Hamburger SV ? - ? Anderlecht
  • Lille ? - ? Liverpool
  • Rubin Kazan ? - ? Wolfsburg
  • Benfica ? - ? Marseille
  • Juventus ? - ? Fulham
  • Panathinaikos ? - ? Standard Liege
  • Valencia ? - ? Werder Bremen


aku berundur



aku punya tanggungjawab
bukan ku pinta
bukan diberi secara sepakat
tetapi aku memikulnya atas rasa tanggungjawab dan belas ihsan
bukan aku cuba mengusai segalanya
kerana itu bukan cara aku

aku cuba untuk membantu
tetapi seringkali disalah ertikan
aku juga punya jiwa
punya perasaan
punya hati


salahkah aku cuba untuk membantu meringankan beban?
aku cuma mengurus
aku cuba yang terbaik
kadangkala mengeluarkannya dari saku sendiri
aku bukan ingin berkira
kerana itu bukan sifat aku

ya!
aku kadangkala terpaksa meminta lebih
bukan kerana apa
aku tidak mampu untuk menampung untuk setiap kali
aku bukan jutawan
bukan ahli MLM yang mampu mengaut jutaan ringgit
aku hanya mengharapkan wang pinjaman
kerana aku tidak mampu

akan tetapi pabila aku mula tidak dipercayai
aku mula luluh hati
aku mula kecewa
aku mula hilang semangat
aku mula rasa mahu buang segala tanggungjawab
aku mula untuk melepaskan semua beban ini
aku sudah putus asa

aku telah membuat keputusan
ini adalah kali terakhir
aku terpaksa lepaskan kepada orang lain
aku sudah tidak dipercayai
sayugia aku akan berundur beberapa langkah
akan tetapi diingatkan aku bukan seorang pengalah

nota kaki : berkata lebih mudah dari mengurus



darthoneavenue

European Champions League a.k.a Liga Juara-Juara Eropah


aku akui aku memang seorang yang tegar pada sukan bola sepak terutamanya industri bolas sepak England. ya, aku fasis kepada kelab inggeris dan lebih spesifik ialah Liverpool F.C. akan tetapi memandangkan kelab aku tidak melayakkan diri ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah maka tiada perkaitanlah entri ini dengan Liverpool.

pagi ini (11 Mac 2010) adalah pertemuan 'menyayat hati' David Beckham yang dijangka akan pulang ke Old Trafford pabila AC Milan cuba untuk menandingi dan mengimbangi Roo dan juga pasukannya. Pertemuan pertama berpihak kepada Manchester United dengan agregate 3 berbalas 2 di tempat lawan.

Satu lagi pertemuan ialah pertemuan kelab lama Benzema menetang kelab Royal Sepanyol, Real Madrid. pertemuan sebelum ini berpihak kepada Lyon dengan kelebihan 1 jaringan.

mengjangka kemenangan bukan kerja aku malahan Shebby bias Liverpool seperti aku juga tidak mampu untuk meneka siapa akan layak. akan tetapi aku tetap berkeras untuk meneka siapa akan ke peringkat seterusnya. Manchester United pastinya gah di gelanggang sendiri dan Real Madrid mampu mengatasi jurang satu gol. Biarlah aku tidak berapa gemar kedua-dua kelab ini (Real curi Xabi Alonso, Man Utd dengan si mulut cabul Fergie).

dengan kejatuhan kelab Porto dan Fiorentina yang masing-masing telah disingkirkan oleh pihak lawan masing-masing iaitu Arsenal dan Bayern Munich aku masih ingin melihat kelab kecil untuk membuat kejutan ke kelab besar eropah. seperti yang pernah dilakukan oleh Porto dizaman Jose Mourinho, Deco dan rakan-rakan menjuarai piala ini.

sudahlah setakat ini. marilah saksikan perlawanan dua kelab sokongan ramai ini di kaca tv rumah, mapley, dan juga tempat lain. aku? pastinya aku akan melihat di Livescore.com selepas aku bangun pagi. hahahahaha

La'Tahzan Mohamad Shafwan


bait nyanyian Zamani dalam lagu "Biarkan Ia Pergi"

Biarkan ia pergi
Jangan dikesalkan
Tuhan lebih mengerti
Apa yang disuratkan

Selamat Hari Wanita Sedunia



Saban tahun, masyarakat antarabangsa meraikan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac. Pada tahun ini, tema yang digagaskan adalah “Equal Rights, Equal Opportunities: Progress for All”. Dengan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita tidak kira diri anda masih menganggap diri anda 'perempuan belum menjadi wanita'. Ini tidak termasuk yang 'ingin menjadi wanita'. Ucapan khas saya ditujukan kepada Mama (Maskinah Bt Sadikon), Nenek, Mak Cik -Mak Cik dan juga saudara mara serta sahabat handai daku. Terima kasih kerana menjadikan 'saya' hari ini.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”
Riwayat Ibnu Hibban

*renung-renugkan, dan selamat beramal*


darthoneavenue

H.I.L.A.N.G


nama : Hj Darini B. Hj Dasuki
tarikh lahir : 03 Ogos 1937
tarikh meninggal : 7hb Mac 2010
waktu meninggal : 8.00 pagi.
punca kematian : darah tinggi
dilapor oleh : Zulkifli B. Hj Darini


Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu.”
Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745



*
selamat tinggal dunia, selamat tinggal semuanya. semoga rohnya senantiasa dirahmati olehNYA. insyaALLAH. amin ya rabbal alamin..* engkau sentiasa dalam ingatan. 1937-2010.


darthoneavenue

apasajakutulis


Aku bukanlah seorang yang pandai bermadah puisi dan berpujangga
Akan tetapi aku meminati dan cuba untuk mempelajarinya
Menulis bukan kemahiranku
Bahkan aku memang bukan seorang yang kritis dan kreatif serta inovatif
Apa yang selalu terpahat ialah rencana minda yang aku sendiri tidak mampu untuk klasifikasikannya
Apa saja yang tertulis adalah apa yang terfikir oleh otakku
Ianya mengalir terus ke tangan lalu ianya terukir di sini.
Mungkin sesetengah penulisan itu nampak seperti menjurus kepada seseorang.
Ya, mungkin kerana dari situlah idea terbit
Akan tetapi ianya bukan untuk menjatuhkan orang itu.
Sekadar peringatan kepada diri sendiri, mungkin kepada orang yang membaca nota-nota sampah ini.
Maafkan diri ini jika penulisan ini mengguris perasaan orang yang membacanya
Aku punya kekhilafan kerana aku adalah manusia, insan dan juga homo sapien

Tangga-tangga ke pintu apakah?


Minta maaf En Tangga,

Anda dicipta untuk memudahkan homo sapien untuk ketempat lebih tinggi,

Andalah ciptaan homo sapien untuk memudahkan proses menaik keatas dan juga turun kebawah,

Anda juga mampu mencapai berpuluh-puluh tingkat selagi dibina oleh homo sapien,

Anda terusan membantu homo sapien selain dari memudahkan proses naik-turun,

Anda juga mampu untuk membantu homo sapien bersenam untuk kesihatan.

Akan tetapi,

Sejak dua menjak ini aku terpaksa membenci anda,

Aku bukan sengaja membenci anda,

Tiada niat didalam hati untuk membenci anda,

Mendaki dan menuruni anda sudah menjadi suatu keperitan bagi diri aku,

Kadangkala dengan berbekalkan tongkat hasil pinjaman daripada Pusat Kesihatan,

Kadangkala tanpa tongkat hikmat,

Aku mengharungi dengan gagahnya,

Menahan perit dan jerih,

Menuruni dan mendaki,

Lebih perit ketika menuruni,

Aku bemohon padaNYA agar dapat memberikan aku kekuatan.

En Tangga,

Terima kasih atas sumbangan anda kepada kami, homo sapien

Akan tetapi aku terpaksa membenci anda buat beberapa bulan,

Semoga aku cepat sembuh.



darthoneavenue

Views on 1 Malaysia and Malaysian Economy




  • Abstract :Econs student “The more I learn abt 1Msia & Najib, the more convinced I'm that this is another giant farce”
  • source : Malaysian Insider

aku, engkau, lingkaran kita.



aku punya kelemahan, antaranya;

  • seringkali menyusahkan orang
  • seringkali menyakitkan hati orang
  • seringkali membuatkan orang membenci aku
  • seringkali memarahi orang
  • seringkali berkata-kata tentang orang
  • seringkali memalit kenangan pahit kepada orang lain
  • seringkali membebani insan lain
  • seringkali mengharapkan orang lain
  • seringkali menyuruh orang
  • seringkali mengganggu orang
  • seringkali emosi terganggu
kerana aku;
  • seorang homo sapien
  • seorang homo sapien yang lemah
  • seorang homo sapien yang daif
  • seorang homo sapien yang penuh kekhilafan
  • seorang homo sapien yang tidak punya kuasa
  • seorang homo sapien yang tidak punya daya
  • seorang homo sapien yang tidak gagah
  • seorang homo sapien yang punya hati 'tidak sesuci' orang yang 'suci'
  • seorang homo sapien yang mempunyai akal pemikiran yang dangkal
  • seorang homo sapien yang punya hati yang kotor
  • seorang homo sapien yang kolot
  • seorang homo sapien yang haprak
  • seorang homo sapien yang lemah segala-galanya
tetapi aku juga punya kekuatan, antaranya;
  • aku diberi otak dan akal untuk berfikir
  • aku diberi hati untuk menimbang semua perkara yang dibuat
  • aku diberi mata untuk melihat mana baik mana buruk
  • aku diberi kaki untuk bergerak kemana sahaja yang termampu
  • aku diberi tangan untuk memegang dan membuat banyak perkara
  • aku diberi hidung untuk bernafas
  • aku diberi telinga untuk mendengar
  • aku diberi lidah untuk merasa
  • aku diberi mulut untuk berkata-kata
  • aku diberi jantung untuk mengepam darah kesaliran darah seluruh badan
  • aku diberi nyawa untuk hidup didunia
  • aku diberi jiwa untuk menjiwai
  • aku diberi sebaik-baik ciptaan manusia agar mampu teruskan perjuangan di alam fana.
mungkin kita sama, akan tetapi kita tidak serupa. mungkin engkau kata aku adalah tidak sebaik engkau akan tetapi inilah diriku. jika engkau tidak mahu menjadi seperti diri aku, jadilah seperti diri engkau. akan tetapi janganlah ini membuatkan kita dibeda-beda. kita semua sama sahaja. berbeda watak, berbeda gaya berbeda rupa, berbeda kemampuan, berbeda kebijaksanaan akan tetapi kita masih insan, manusia homo sapien.

kita bermula dengan A tidak manis jika berakhir dengan Z kerana aku suka pabila kita bermula dengan A ianya tidak berakhir dengan Z dimana aku berharap ia akan bersambung menjadi kitaran ataupun lingkaran yang tidak akan putus kecuali mati yang memisahkannya.

aku memanjatkan doa agar aku, engkau dan lingkaran kita tidak akan putus. aku juga tidak lupa untuk mendoakan kebahagiaan aku, engkau dan lingkaran kita. biarpun kita dilanda sebarang musibah, biarpun kita dirundung malang, biarpun kita dipalit kenangan pahit, aku memohon untuk aku, engkau dan lingkaran kita mampu untuk menghadapinya dan mengecapi apa yang diimpikan.




p/s: aku sudah melalut tahap cipan tergolek dalam jamban rumah cik bedah.



darthoneavenue

Masa itu Emas

Waktu Solat

formspring.me

Ruangan Bersembang

Barclays Premier League Live Scores

Kick Out Racism

Kick Out Racism
stop racism because racism against citizens is a serious matter

Followers