1511 pemula cerita,
kisah bermula di bumi melaka,
pembelot punca penjajahan bermula,
membawa derita jiwa dan raga.
1946, sepuluh tahun sebelum merdeka,
PSM API Putera-amcja dan lain-lain bersiaga,
menentang penjajah yang durjana,
mengorbankan darah buat nusantara.
Ordinan Darurat diguna pelbagai cara,
untuk menyekat kemaraan 'penderhaka',
darah keringat tidak berhenti mengalir dibumi Malaya,
dicekalkan dek hati yang membara.
tika itu UMNO tiada,
hanya wujud parti haluan kiri saja,
merekalah menentang british celaka,
supaya dapat bebas dari genggaman mereka.
Muncul idea Malayan Union,
ketika itulah muncul dato Onn,
UMNO ditubuh sebagai pengganti dan perantaan,
'berbincang' menununtut kemerdekaan.
31 Ogos 1957 dan Stadium Merdeka penanda peristiwa,
akhirnya malaya milik kita,
Tunku Abdul Rahman sebagai ketua,
Melaung 'Merdeka Merdeka Merdeka' dan disahut 'Merdeka Merdeka Merdeka'.
tanggal 16 September 1963 lahir Malaysia,
Sabah Sarawak Semenanjung bersatu bersama,
pautan ini khabar gembira,
kerna ia satu lembaran berjaya.
Kisah yang lalu kita kenang,
tapi usah dilupakan,
agar tidak muncul petualang,
muncul kembali penjajahan.
Kini anak bangsa kian alpa,
tidak dijajah dengan tangan,
namun tewas pertarungan minda,
terlalu enak hanyut dalam buaian.
leka kita untung mereka,
menjajah tanpa perlu senjata,
dakyah minda permainkan mangsa,
bahananya maruah ternoda.
Beringatlah anak muda,
lupa sejarah bak lupa asal kita,
jangan di telan bulat-bulat apa di depan mata,
kelak kita akan merana.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat seluruh warga Malaysia dan juga Tanah Malaya!!!
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
0 Ulasan:
Post a Comment