bertarikhkan 10 Disember 2009, tarikh keramat yang pastinya mendatangkan kegelisahan, kegusaran, pergolakkan adrenalin, teruja dan pelbagai lagi perasaan yang pastinya bercampur baur bagi pelajar UiTM (tidak termasuk pelajar asasi). tidak terkecuali aku sendiri yang masih menuntut dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (kepujian) Ekonomi Perniagaan, bahagian tiga.
al-ankabut ayat 2: "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"
sedih itu suatu nikmat, tidak semua mampu bersedih. ada orang yang senyum memanjang, gembira je hatinya, tanpa disedari sebenarnya KEGEMBIRAAN yg diarasakan itu adalah UJIAN terbesar untuknya...
al-isra83: "Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa."
manusia makin dekat dengan penciptanya, meratap dan merayu tatkala diuji dgn kesusahan dan kesdihan, sedangkan.
manusia makin jauh dari MAHA PENYAYANG pabila mata dikaburi dgn kesenangan dan kemewahan...
al-insyira ayat 5 dan 6, dua kali Allah ulang, 5. "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan," 6. "(sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
ALLAH sayang pada kita,
Allah sayang pada kita, DIA merindukan rintihan dan rayuan daripada hambaNYA.
0 Ulasan:
Post a Comment