setingkat lagi diatas pelajaran anda didalam kawad kaki adalah.............
pergh... sangat merindui saat tersebut... perkara pertama yang diajar semasa Latihan Intensif Bakal Komander. berbekalkan seminggu, belajar cara untuk mengajar kawad kaki, berlatih kawad kaki dan juga mengenali bakal rakan seperjuangan... sangat merinduinya...
skuad, dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan dihadapan saya gerak, skuad hendaklah... blaa blaa blaa...
sekarang dah lebih kurang setahun setengah meninggalkan UiTM Kelantan dan juga Komander Kesatria Negara... meninggalkan Kem Wawasan tempat berhujung minggu.. tempat melakukan aktiviti bersama pelatih.. tempat melakukan aktiviti abseilling kendalian sendiri.. sangat merindui saat itu... tidak lupa juga Padang Kawad.. tempat melepaskan segala tekanan belajar... tempat menjerit, tempat melalak... mengajar kawad kaki kepada pelatih... bergurau senda bersama rakan seperjuangan... dan juga tempat berkongsi ilmu...
aku sangat merinduinya...
selamat______ skuad, hari ini saya akan mengawadkan skuad. penanda disebelah kanan saya_______, penanda disebelah kiri saya________. bla bla bla.....
aku sangat menrinduinya... menjalin hubungan sesama rakan dan menganggap semua sebagai adik beradik.. berjuang didalam kawad merdeka... berjuang semasa jambori... bergembira dengan segala aktiviti... bersama menempuh dugaan... sangat merindui saat itu...
kini, semua itu hanya memori.. kembali ke masa silam adalah mustahil.. mengingati memori membuatkan hati rindu.. masih berlegar diminda.. rakan se-LIBK ku... yong, wan izyan, dee, kerol, imi, adi, awie, kamal dan lain2.. terima kasih kerana mencipta suatu memori yang indah....
nota kaki: sekarang sudah bersara sepenuhnya... hati ingin menceburi semula tetapi kudrat dan masa menghalang.... hoho
1 Ulasan:
jom la tgk entry nie...komander kita dapat johan kawad kaki!!
http://areenadira.blogspot.com/2011/05/1932011hari-itu-milik-kami.html
Post a Comment