ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam

    Favourite Quotes

    # "I am not a has-been. I am a will be"

    # "determine to do some thinking for yourself. Don't live entirely upon the thoughts of others. don't be an automaton"

    # "The most pathetic person in the world is someone who has sight but has no vision"

    # "the act of putting pen to paper encourages pause for thought, this is turn makes us think more deeply about life, which helps us regain our equilibrium"

Sahabat Maya

mas kahwin naik pula? ramai bakal andartu?



Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana ialah boleh mengundang kepada ramai gadis menjadi anak dara tua.

"Kita tidak bercadang menaikkan kadar mas kahwin di Kelantan dan mahu mengekalkan peraturan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Kota Bharu hari ini ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.

Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri.

"Sayapun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin (yang termasuk hantaran) setiap anak saya sejak dulu," katanya.

Menurutnya langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi lebih bersifat riak dan menunjuk-nunjuk.

Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan tidak menetapkan jumlah tertentu berhubung kadar mas kahwin bagi pasangan yang ingin berumah tangga di negeri itu. BERNAMA

Sumber : Malaysiakini


Dunia oh dunia. ni mahu niaga anak ka apa ini? aku memang sangat bersetuju dengan kata-kata Tuan Guru Nik Aziz. sudahlah bayaran hantaran beribu-ribu. mas kahwin pula tinggi saje. aduh lah. bukankah pemberian mas kahwin ini seikhlas hati? hurm.. apa kata anda? hoho


nota kaki: errrr... kena kawen kt pahang or johor la begini. hoho

4 Ulasan:

Hunny_MHT said...

Gile kedekut pok cik ni. pe salahnya kalo mas kahwin naik. 2 kan hadiah dari suami ntok isteri sbg penghargaannya kpd isteri kerana meninggalkan keluarga ntok hidup bersama suami. Lgpun itu yg wajib dlm islam. kalo hantaran berpuluh ribu bole byr pe la sgt mas kawin RM300.

darth one said...

ira :
bukan kedekut. dari sudut mas kahwin mungkin kita terima. bagaimana dengan hantaran? paling sedikit rm7k. ya, mungkin semua kata ok tapi cuba tengok dari sudut yang lain.

kebiasaanya lelaki akan menyara keluarga, ya itu tugas seorang lelaki. kereta, rumah, barangn rumah, kelengkapan diri, semuanya lelaki tanggung.

yang wajib seharusnya kita trima pakai. cukuplah bebanan hantaran yang tinggi. kasihaninlah pihak lelaki.

Hunny_MHT said...

wan:
saya cuma bercakap mengenai mas kahwin bukannya hantaran. Hantaran x de ditetapkan jumlah yg wajib. terpulanglah kepada kemampuan masing2. kalau kamu rase kamu mampu ape salahnya. kalo x ikutlah berapa yang termampu...

darth one said...

memanglah. kan lebih baik mengikut keikhlasan hati. bukankah itu yang dituntut?

jika sudah ditetapkan umpama suatu paksaan yang pastinya tanpa rela dimana kebebasan dan keikhlasan terjejas.

lebih baik memberi banyak, akan tetapi seperti tidak wajar menetapkan jumlah.

keikhlasan itu yang dituntut.

Masa itu Emas

Waktu Solat

formspring.me


Ruangan Bersembang

Barclays Premier League Live Scores

Kick Out Racism

Kick Out Racism
stop racism because racism against citizens is a serious matter

Followers