ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam

    Favourite Quotes

    # "I am not a has-been. I am a will be"

    # "determine to do some thinking for yourself. Don't live entirely upon the thoughts of others. don't be an automaton"

    # "The most pathetic person in the world is someone who has sight but has no vision"

    # "the act of putting pen to paper encourages pause for thought, this is turn makes us think more deeply about life, which helps us regain our equilibrium"

Sahabat Maya

Piala Dunia, Undian dan sedikit ulasan




ehem2.. pada 5 disember 2009, undian pusingan akhir piala dunia telah dilangsungkan di Cape Town, Afrika Selatan tuan rumah bagi pusingan piala dunia 2010. dengan undian dibantu oleh aktres seksi Charlize Theron, setiap negara diletakkan didalam balang (pot) A,B,C dan D.

setelah undian dijalankan, begini lah kedudukan kumpulan setiap negara.

Kumpulan A
South Africa, Mexico, Uruguay dan Perancis

Bafana Bafana ( South Africa) akan menghadapi laluan sukar untuk mara kerana bertemu dengan dua bekas juara piala dunia, Uruguay dan Perancis. Perancis dilabel sebagai pasukan pilihan untuk mara bersama Mexico.

Pemain tumpuan: Steven Pienaar (RSA), Aaron Mokoena (RSA), Cuauhtemoc Blanco (MEX), Rafael Márquez (MEX), Giovanni dos Santos (MEX), Thierry Henry (FRA), Nicolas Anelka (FRA), William Gallas (FRA), Diego Lugano (URU), Diego Forlán (URU)

Kumpulan B

Argentina, Nigeria, Korea Selatan dan Greece

Argentina akan menjadi pilihan untuk mara bersama Nigeria. Seperti yang kita tahu Argentina mempunyai ramai pemain berbakat yang bermain di eropah. tidak dilupa juga Nigeria yang kebanyakkan pemain mereka berpangkalan di Perancis dan beberapa negara eropah yang lain. Korea Selatan dan Greece (bekas juara euro 2004) pasti akan memberikan tentangan yang sengit bagi kumpulan ini.

Pemain Tumpuan: Lionel Messi (ARG), Javier Mascherano (ARG), Carlos Tevez (ARG), Juan Veron (ARG), Park Ji-Sung (KOR), Park Chu-Young (KOR), Obafemi Martins (NIG), Aiyegbeni Yakubu (NIG), Georgios Karagounis (GRE) and Theofanis Gekas (GRE).

Kumpulan C

England, USA, Algeria dan Slovenia

England, kuasa besar bola sepak dunia yang pernah menjadi juara ditanah sendiri pada 1966 pastinya akan memberikan 100% dalam permainan mereka bagi mencerahkan peluang untuk memenangi piala dunia buat kali kedua. Dengan dibarisi ramai bintang bawah bimbingan Fabio Capello, England dilihat mampu untuk menjuarai piala dunia 2010. Pasukan bimbingan Bob Bradley (USA) pastinya menjadi pilihan untuk layak ke pusingan seterusnya.

Pemain Tumpuan: Wayne Rooney (ENG), Frank Lampard (ENG) ,Steven Gerrard (ENG), Landon Donovan (USA), Tim Howard (USA), Karim Ziani (ALG), Robert Koren (SVN).

Kumpulan D


Jerman, Australia, Serbia dan Ghana

Pertembungan antara Michel Ballack dan Micheal Essien. Kumpulan ini pastinya memberikan kepuasan kepada peminat bola sepak dunia kerana kumpulan ini dikira agak seimbang kerana pemain-pemain setiap negara ini banyak pengalaman dan terkenal. Jerman dan Ghana adalah pilihan tetapi Australia dan Serbia mempunyai peluang untuk mencuri tempat ke pusingan seterusnya.

Pemain Tumpuan: Miroslav Klose (GER), Michel Ballack (GER), Tim Cahill (AUS), Matthew Amoah (GHA), Michael Essien (GHA), Milan Jovanovic (SRB), Marko Pantelic (SRB)

Kumpulan E


Belanda, Denmark, Jepun, Cameroon

Franck De Boer, lagenda Belanda yang kini menjadi pembantu jurulatih ada menyatakan ingin membawa pulang piala dunia ke Belanda. Akan tetapi mereka perlu menghadapi tentangan hebat daripada Cameroon, Denmark dan Jepun yang dahagakan kejayaan. Cameroon akan diketuai oleh Samuel Eto'o, Denmark oleh Jon Dahl Tomasson bekas penyerang AC Milan dan wakil Asia, Jepun akan diketuai oleh Shunsuke Nakamura. Pasukan pilihan untuk layak ialah Belanda bersama Cameroon.

Pemain Tumpuan : Arjen Robben (NED), Dirk Kuyt (NED), Robin Van Persie ( NED) Rafael Van Der Vaart (NED), Nicklas Bendtner (DEN), Jon Dahl Tomasson (DEN), Shunsuke Nakamura (JPN), Keisuke Honda (JPN), Samuel Eto'o (CMR), Jean II Makoun (CMR), Alexandre Song (CMR)

Kumpulan F


Itali, Paraguay, New Zealend dan Slovakia

Penyandang juara pastinya akan menjadi pilihan utama untuk layak. Boleh dikatakan kumpulan paling mudah kerana reputasi negara lain kurang menyerlah. Paraguay akan mengikuti Itali layak ke pusingan seterusnya. Namun, dengan New Zealend dan Slovakia layak untuk kali pertama ke piala dunia, mereka mungkin boleh membuat kejutan.

Pemain Tumpuan : Gianluigi Buffon (ITA), Fabio Cannavaro (ITA), Gennaro Gattuso (ITA), Andrea Pirlo (ITA), Robert Vitteck (SVK), Justo Villar (PAR), Salvador Cabanas (PAR), Ryan Nelsen (NZL)

Kumpulan G


Brazil, Korea Utara, Ivory Coast dan Portugal

Kumpulan Maut. Deskripsi paling mudah untuk kumpulan G dimana tiga pasukan adalah pasukan hebat dan Korea Utara adalah Outsider untuk kumpulan ini. Brazil menjadi pilihan utama untuk layak dan satu lagi tempat akan menjadi rebutan Ivory Coast dan Portugal. Akan tetapi, bila menyingkap sejarah 1966, Korea Utara pernah tumbangkan Itali 1-0.

Pemain Tumpuan : Kaka (BRA), Luis Fabiano (BRA), Alexander Pato (BRA), Cristiano Ronaldo (POR), Liedson (POR), Didier Drogba (CIV), Kolo Toure (CIV), Jong Tae-Se (PRK)

Kumpulan H


Sepanyol, Chile, Switzerland dan Honduras

Juara Euro 2008 pastinya menjadi tumpuan. Dengan kumpulan ini dibarisi negara yang kurang menyengat, pastinya laluan mudah buat Sepanyol untuk layak ke pusingan seterusnya. Chile dan Switzerland akan merebut satu kekosongan untuk layak ke pusingan seterusnya. Honduras mungkin akan memberikan sedikit kesukaran untuk Chile dan Switzerland dengan bantuan pemain tengan Totenham Hotspurs, Wilson Palacios.

Pemain Tumpuan: Xavi (ESP), Andres Iniesta (ESP), David Villa (ESP) Fernando Torres (ESP), Humberto Suazo (CHI), Matias Fernandez (CHI), Alexis Sanchez (CHI), Wilson Palacios (HON), Carlos Pavon (HON), Alexandre Frei (SUI), Blaise Nkufo (SUI), Tranquillo Bernetta (SUI)

Jadual Perlawanan akan dimasukkan didalam entri yang lain

0 Ulasan:

Masa itu Emas

Waktu Solat

formspring.me


Ruangan Bersembang

Barclays Premier League Live Scores

Kick Out Racism

Kick Out Racism
stop racism because racism against citizens is a serious matter

Followers