ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam

    Favourite Quotes

    # "I am not a has-been. I am a will be"

    # "determine to do some thinking for yourself. Don't live entirely upon the thoughts of others. don't be an automaton"

    # "The most pathetic person in the world is someone who has sight but has no vision"

    # "the act of putting pen to paper encourages pause for thought, this is turn makes us think more deeply about life, which helps us regain our equilibrium"

Sahabat Maya

Sekitar seminggu....


"kusangkakan.. panas berpanjangan.. rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang"

untuk perjalanan kehidupan aku sebagai seorang hamba Allah, aku rasa bait lagu nyanyian Slam ni sesuai la. banyak kisah yang berlaku dan kesemuanya ada berkaitan dengan hidup ku ini.

Bermula Isnin aku bergembira sehingga Jumaat, tetapi kegembiraan aku tersekat pada Jumaat malam dimana berita menyayat hati aku. Rasanya baik bermula dengan cerita gembira.

Isnin:
Seperti dalam entri sebelum ini, aku membeli buku bersama Yong.

Selasa:
Juga sudah tercatat dalam entri sebelum ini. Pada malamnya mendapat berita bahawa salah seorang rakan semasa diploma dulu, Siti Aisyah Koestiardy (Ecah) masuk ICU akibat jangkitan H1N1. Dia dalam keadaan koma ketika itu. Agak terkejut mendengar berita tersebut.

Rabu:
Hanya meneruskan hidup seperti biasa dengan tambahan bermain futsal bersama rakan sekelas Amir, budak-budak kelas Transport.

Khamis:
Hari ini, tidak pergi kesemua kelas. Tidak tahu mengapa badan terasa lesu. Seperti merasakan sesuatu. Tapi diabaikan. Pada hari ini juga aku teringat bahawa esok hari jadi Maskinah Bt Sadikon. Mak aku sendiri. Mujur tidak terlambat. Lepas Maghrib, terus balik Banting. Dah telefon Uda (adik lelaki aku yang akhir) suruh beli sedikit makanan untuk sambut bufday Mama. Ayong (Abg Sulong) datang bersama Kak Seha dan Dariyn membawa KFC. Kami pun makan dulu tanpa tunggu ayah sebab masih kat Klang. Ayah pergi ambil Eka kt Politeknik Sabak Bernam. Terpaksa tutup angkara H1N1.

Jumaat:
Hari yang menjadi hari yang bercampur baur perasaan bagi aku. Kegembiraan pastinya terpancar apabila memasuki hari ulang tahun kelahiran ibu sendiri. Love you so much Mama.

Pada sebelah malam, keluarga Haji Darini (Atuk) berkumpul di rumah Cik Leha untuk aktiviti bulanan keluarga disamping bertahlil bagi arwah Patomas (suami Cik Leha) yang telah pergi 2 bulan lalu. Pada malam itu juga Cik Ipin mengingatkan bahaya H1N1 yang merebak dengan cepat. Pada waktu itu juga aku mendapat SMS daripada Yani ( rakan DIA ) menyatakan Ecah telah pergi buat selamanya. Bertahun aku pasang hajat nak berjumpa dengannya tapi apakan daya, Allah lebih menyayanginya. Kemudian bayak panggilan dan SMS dari rakan lama menyampaikan berita. Ecah, kenangan kita masih dalam ingatan... Al-Fatihah buatnya. Amin..


** wajah seorang sahabat semasa hayatnya. kenangan bersamamu akan sentiasa dingati.**

Pada lewat malam, aku keluar menonton wayang bersama rakan-rakan, pada mulanya ingin membatalkan hajat tetapi sudah berjanji maka pergilah. Kami menonton cerita GI Joe. Malas nak komen cerita ni sebab asyik terfikir pasal Ecah dalam panggung tu. Sesudah tamat cerita, terus balik kerumah dan post buletin dan status dalam rangkaian Alam Maya bagi menyebarkan berita tentang Ecah.


Sabtu:
Pagi Sabtu aku pergi ke NEC Semiconductor untuk hadir ke Majlis Penyerahan Hadiah Kecemerlangan anjuran NECMAL. Jam 8.30 aku sudah terpacak depan NEC. Masa majlis itu aku adalah menerima sedikit hadiah. Rezeki, syukur alhamdulillah.
Balik dari NEC aku cakap dengan ayah yang absorber belakang kereta dah lembut, nak tukar. Aku dengan ayah terus pergi kekedai kawan ayah. Jadi aku gantilah absorber itu. Terima kasih PTPTN. Pukul 4 lebih aku terus balik Shah Alam, nak hantar Linda ke stesen bas seksyen 17. Lepas hantar Linda, aku terus kerumah Syakinah dan Achik (rakan sekelas) untuk ambil tugasan Makroekonomi. Sesudah itu aku terus balik ke rumah sewa, layan internet sambil menaip entri ini.

nota kaki: "things happen for reasons" jadi kita sebagai insan tidak perlu terlalu obses dengan perasaan kerana hidup mesti diteruskan. Semoga Allah mencucuri roh arwah. Amin. Jangan lupa untuk menjaga kesihatan.

***TAMAT**

0 Ulasan:

Masa itu Emas

Waktu Solat

formspring.me


Ruangan Bersembang

Barclays Premier League Live Scores

Kick Out Racism

Kick Out Racism
stop racism because racism against citizens is a serious matter

Followers