ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam

    Favourite Quotes

    # "I am not a has-been. I am a will be"

    # "determine to do some thinking for yourself. Don't live entirely upon the thoughts of others. don't be an automaton"

    # "The most pathetic person in the world is someone who has sight but has no vision"

    # "the act of putting pen to paper encourages pause for thought, this is turn makes us think more deeply about life, which helps us regain our equilibrium"

Sahabat Maya

Hari ketiga Ramadhan.


24/08/09

Hari ini merupakan hari pertama kelas pada keadaan dimana semua sedang menahan lapar dan dahaga. Akan tetapi pada hari ini aku telah diberikan cuti sakit daripada Pusat Kesihatan UiTM. Entahlah kenapa sejak bermula puasa ada yang tidak kena dengan tubuh badan aku ini. Pada hari pertama puasa badan aku terasa sangat panas seperti demam panas beserta sakit dibahagian tulang belakang dan pinggang. Dengan ketabahan diri, aku mengharungi puasa dengan tubuh badan aku yang lemah longlai. Alhamdulillah dengan sokongan daripada mama dan ayah yang menjaga aku sementara menunggu masa berbuka puasa.

Rancangan untuk kembali ke rumah sewa pada malam selepas berbuka puasa terpaksa dibatalkan kerana aku tidak berdaya untuk membuat apa-apapun. Selepas waktu isya' aku terus makan ubat demam bagi mengurangkan kepanasan badan ini.

Sahur pada pagi hari kedua puasa aku bangun tepat jam 5 pagi. Badan pada ketika itu sedikit kebah tetapi masih kurang berselera untuk makan. Mahu tidak mahu terpaksa lah memaksa diri untuk menelan sedikit makanan bagi aku dapat menahan lapar pada siang hari. Pada siang hari kepanasan badan sudah berkurangan akan tetapi sakit tulang belakang aku masih lagi belum reda. Petang jam 5 aku gagahkan diri memandu keretaku untuk kembali ke rumah sewa. aku tiba kurang lebih jam 6 petang. Alhamdulillah meskipun aku beberapa kali hampir hilang kawalan sampai juga dengan selamat. Makanan berbuka pun aku terpaksa kirim dengan Panjang sebab aku tidak larat langsung untuk turun dan naik semula ke rumah. Selepas berbuka, aku makan actifast dua biji. Ini pun Panjang yang bagi. Alhamdulillah kebah juga demam aku.

Hari ketiga puasa semua rakan serumah ada di rumah. Amir mengambil tanggungjawab untuk menyediakan juadah sahur. Meskipun hanya nasi goreng, aku tetap bersyukur. Dan seperti biasa masakan Amir memang sedap. Al-maklumlah, sudah biasa makan masakan Amir masa diploma dulu. Nak harapkan tangan aku memang agak gagal lah. hehe.

Selepas sahur, aku sambung tidur. Kepala aku masih lagi pening lalat. Pada siang hari aku meminta Amir menghantar aku pergi ke Pusat Kesihatan untuk memeriksa apa sebenarnya punca kesakitan aku ini. Beriya-iya nak periksa doktor sarankan untuk injection. Aku tanpa berfikir panjang terus setuju. Ku sangkakan tidaklah sakit mana, tetapi selepas diberi suntikan, kakiku terasa sakit sangat.

Ubat yang dibekalkan kepadaku

Apa-apa pun aku diberikan sijil cuti sakit sehari. Bolehlah aku berehat meskipun masih memikirkan aku terlepas dua test ECO537 dan INS420.

0 Ulasan:

Masa itu Emas

Waktu Solat

formspring.me


Ruangan Bersembang

Barclays Premier League Live Scores

Kick Out Racism

Kick Out Racism
stop racism because racism against citizens is a serious matter

Followers