ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam

    Favourite Quotes

    # "I am not a has-been. I am a will be"

    # "determine to do some thinking for yourself. Don't live entirely upon the thoughts of others. don't be an automaton"

    # "The most pathetic person in the world is someone who has sight but has no vision"

    # "the act of putting pen to paper encourages pause for thought, this is turn makes us think more deeply about life, which helps us regain our equilibrium"

Sahabat Maya

Kedatangan Ramadhan




Assalamualaikum w.bt. saya sebagai ustaz yang diamanahkan oleh pemimpim2 negara tanpa segan silu dan confident nya mengisytiharkan bahawa anak bulan ramadahan telah kelihatan. Maka dengan ini saya mengisytiharkan esok puasa. puasa jangan tak puasa tau.


Hari ini bersamaan 21/8/2009 hari Jumaat. Setelah setahun merindui Ramadhan, ia datang lagi dengan membawa seribu erti kepada seluruh umat islam. Bulan yang penuh syafaat yang pasti akan digarap peluang ini sebaik mungkin oleh umat islam seluruh dunia. Seperti sedia maklum, puasa akan bermula pada 22/8/2009.

Bila menghampiri sahaja bulan puasa pastinya alunan lunak suara kumpulan Raihan dan Man Bai dalam lagu Harapan Ramadhan akan menjadi halwa telinga bagi kita. Mari kita mendalami lirik lagu tersebut.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

Kepada pembaca penulisan ini, penulis ingin mengucapkan Salam Ramadhan. Semoga segala amalan yang kita sempurnakan itu diterima Ilahi. Insyaallah.

nota kaki: kepada seluruh umat islam, janganlah kalian menjadikan puasa sebagai alasan untuk melarikan diri daripada sesuatu perkara. dan tidak lupa juga seboleh-bolehnya laksanakanlah amalan solat terawikh dimana-mana tempat yang menjalankan amalan ibadah tersebut. Insyaallah.

0 Ulasan:

Masa itu Emas

Waktu Solat

formspring.me


Ruangan Bersembang

Barclays Premier League Live Scores

Kick Out Racism

Kick Out Racism
stop racism because racism against citizens is a serious matter

Followers