ha ha. entri kali ini aku nak bersurah tentang satu susuk tubuh bernama Ely Nadiah. tajuk diatas memang berkait rapat dengan beliau. aku dengan dia hanya berkawan. tapi atas permintaan beliau untuk aku bersurah dalam blog aku pasal dia, aku pun buatlah satu entri khas buat 'cik aw-ther' ni.
aku mulakan persurahan aku dengan mengimbas kembali detik aku kenal 'cik aw-ther' ni. seingat aku kelas human resources dibawah kendalian ARAR - Abdul Rahman Abdul Rahim semasa dalam semester 2. akibat kerajinan aku untuk hadir ke kuliah, aku diserapkan dalam kumpulan yang tergolong daripada Anis, Ayu, 'cik aw-ther' dan err yang lain aku lupa. semasa dalam kumpulan ini aku seperti biasa akan dijadikan bahan rujukan (macam aku ini bijak pandai. ha ha ). yang pasti aku ingat lagi aku diserahkan tugasan pada minit terakhir. ciss.
ok, berbalik kepada 'cik aw-ther' ini. beliau merupakan pemegang STPM dari SMK Sulaiman, Bentong. Sekarang beliau merupakan pelajar tahun akhir BBA (Hons) Business Economics. dalam erti kata lain, satu 'batch' dengan aku.
Dilahirkan pada sama bulan dengan aku yakni pada Februari 7, 1988 (membuktikan aku lebih muda), 'cik aw-ther' ini sangat tersohor dengan kesilapan-kesilapan penggunaan perkataan yang mampu membangkitkan semua pelajar dalam kelas yang sedang diulit intan.
pastinya semua pembaca tertanya dari mana datangnya 'cik aw-ther' ini. yang ini biarlah aku dan beliau sahaja yang tahu dari mana usulnya.
sepanjang perkenalan aku dengan susuk tubuh yang aku kira mempunyai berat badan sekitar 40-50 kg ini banyak membibitkan memori pahit manis. memori terbaru, Shah Alam - Kuala Kangsar - Taiping - Pulau Pinang - Teluk Batik - KM 5, Teluk Intan - Balai Polis Teluk Intan - Menara Condong - Shah Alam.
aku rasa cukuplah persurahan mengenai susuk Ely Nadiah ini. Tulis lebih-lebih nanti dikatakan fitnah, memburukkan orang dan juga mengata.
nota kaki ; 'cik aw-ther', aku memang suka buli engkau. ha ha. ampunkan aku penunggu gua.
2 Ulasan:
oit sengekk!yer ker aku yg suruh.ker ko yg nak buat.
BTW bagus2 im appriciated.ak main2 jer mula2.bahaya tol nnt banyak fitnah & wasangka yg tak disangka2....hihihi
*bila nk wat citer pasal Mrs.Darthone???
haha
lembu dipegang pada talinya
manusia dipegang pada janjinya
err
wrong question
haha
Post a Comment