hari ini, isu yang kebanyakan daripada kita tidak menyedarinya sejak dari tarikh 01.01.10. tatkala ramai yang asyik dengan countdown tahun baru, mereka tidak sedar harga gula juga akan naik. hari ini aku malas nak mengupas kenaikan harga gula daripada RM1.45 ke RM1.65 per kg. Hari ini aku nak mengupas bagaimana media massa mengalih penumpuan isu-isu semasa lalu mengaburi mata kita, rakyat.
hari demi hari aku menonton televisyen arus perdana Malaysia (ASTRO xde, so terpaksa la menghadap apa yang ada). jadi secara tidak langsung aku pun menumpukan deria penglihatan dan pendengaran mengenai isu-isu yang sering bermain di kaca tv.
mengapa aku pilih mengupas media? apa perkaitan isu dan apa itu permainan isu? jawapannya, saja. bosan pula tiada kelas petang Khamis ni. huhu.
td baru sahaja berlalu berita pilihan ramai (aku yakin ramai yang xsuka tgk berita, bosan) jam 1.30-2.00ptg. aku sangat tertarik ngan tag line pembaca berita tu "kurangkan pengambilan untuk kesihatan". oh, sangat klise.
cane nak mula ya? erm... dari hujung tahun 2009 hingga kini jika korang perasan isu yang salu masuk berita ialah isu gula. bermula dengan isu sakit-sakit yang berkenaan gula. tak kisah la sakit ape pon. sakit kencing manis ke, darah tinggi ke, itulah permulaan permainan isu-isu semasa. bermula dengan bercerita tentang kesan utama daripada isu.
terus peringkat kedua, timbul pula isu-isu dibelakang isu asal. contoh mudah harga gula. jika korang perasan mula-mula cerita byk sakit lepas tuh ada pula cerita pasal seludup gula. isu penyeludupan gula disempadan Thai. ini isu lapuk. isu berzaman. xkan dua tahun xboleh setel. kat peringkat ni juga perbandingan harga antara satu negara dengan negara lain. kat isu ni teringat aku dalam ucapan DSAI mengutuk kenaikan harga minyak "jangan bandingkan harga bawang di India dengan harga bawang di Malaysia. Kita import, depa eksport". setahu aku Malaysia ada ladang tebu kt Perlis tu. dan bisnes gula ni boleh dikira monopoly sebab berapa sangat la kilang gula yang ada kat Malaysia. jangan bandingkan harga gula negara yang import.
peringkat ketiga, isu sudah berlaku. masa ini isu tersebut telah diumumkan. so ada la pihak2 yang tidak puas hati. buat demo dan sebagainya. [baca; demo, bantahan] masa ini bermulalah media melabon mengenai demo dan bantahan. kononnya ada pihak yang prihatin.
peringkat keempat, bermain lagi isu demo dan bantahan serta isu diperingkat kedua. pada peringkat ini mmg biasanya media masa akan mainkan isu ini dan ia dapat menyurutkan perhatian kita kerana sudah bosan dengan isu demo, bantah dsb.
peringkat terakhir, tiada berita lagi mengenai isu utama. mungkin ada sikit-sikit berita kecil. kita dah buat xport. buat dunno.
kesimpulannya, media massa memang kaki melabon bagi memastikan kita tidak mendapat berita sepenuhnya serta dapat bertindak dengan cara dan saluran yang betul. apa kata korang?
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
0 Ulasan:
Post a Comment