ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam

    Favourite Quotes

    # "I am not a has-been. I am a will be"

    # "determine to do some thinking for yourself. Don't live entirely upon the thoughts of others. don't be an automaton"

    # "The most pathetic person in the world is someone who has sight but has no vision"

    # "the act of putting pen to paper encourages pause for thought, this is turn makes us think more deeply about life, which helps us regain our equilibrium"

Sahabat Maya

Author = aw-ther


ha ha. entri kali ini aku nak bersurah tentang satu susuk tubuh bernama Ely Nadiah. tajuk diatas memang berkait rapat dengan beliau. aku dengan dia hanya berkawan. tapi atas permintaan beliau untuk aku bersurah dalam blog aku pasal dia, aku pun buatlah satu entri khas buat 'cik aw-ther' ni.


gambar ini diculik dari FB beliau.

aku mulakan persurahan aku dengan mengimbas kembali detik aku kenal 'cik aw-ther' ni. seingat aku kelas human resources dibawah kendalian ARAR - Abdul Rahman Abdul Rahim semasa dalam semester 2. akibat kerajinan aku untuk hadir ke kuliah, aku diserapkan dalam kumpulan yang tergolong daripada Anis, Ayu, 'cik aw-ther' dan err yang lain aku lupa. semasa dalam kumpulan ini aku seperti biasa akan dijadikan bahan rujukan (macam aku ini bijak pandai. ha ha ). yang pasti aku ingat lagi aku diserahkan tugasan pada minit terakhir. ciss.


ok, berbalik kepada 'cik aw-ther' ini. beliau merupakan pemegang STPM dari SMK Sulaiman, Bentong. Sekarang beliau merupakan pelajar tahun akhir BBA (Hons) Business Economics. dalam erti kata lain, satu 'batch' dengan aku.

Dilahirkan pada sama bulan dengan aku yakni pada Februari 7, 1988 (membuktikan aku lebih muda), 'cik aw-ther' ini sangat tersohor dengan kesilapan-kesilapan penggunaan perkataan yang mampu membangkitkan semua pelajar dalam kelas yang sedang diulit intan.

pastinya semua pembaca tertanya dari mana datangnya 'cik aw-ther' ini. yang ini biarlah aku dan beliau sahaja yang tahu dari mana usulnya.

sepanjang perkenalan aku dengan susuk tubuh yang aku kira mempunyai berat badan sekitar 40-50 kg ini banyak membibitkan memori pahit manis. memori terbaru, Shah Alam - Kuala Kangsar - Taiping - Pulau Pinang - Teluk Batik - KM 5, Teluk Intan - Balai Polis Teluk Intan - Menara Condong - Shah Alam.

aku rasa cukuplah persurahan mengenai susuk Ely Nadiah ini. Tulis lebih-lebih nanti dikatakan fitnah, memburukkan orang dan juga mengata.


nota kaki ; 'cik aw-ther', aku memang suka buli engkau. ha ha. ampunkan aku penunggu gua.

Lembaran Baru


ok, aku akui bahawa aku telah mengalami simptom pelupa yang amat kuat. ini boleh dibuktikan dengan aku telah banyak lupa banyak perkara. serius aku sangat merindui kesegaran otak berfungsi seperti beberapa purnama dahulu. adakah mungkin diakibatkan oleh penerimaan pemandagan yang tidak baik untuk pertumbuhan akal dan minda? itu aku tidak pasti.

entri kali ini sebenarnya adalah cubaan untuk mengemaskini dan menajamkan kembali kepekaan otak dan kelancaran tangan menaip. setelah mengharungi musim yang suram dalam semester 5 BBA (hons) Business Economics ( alasan kerana tidak membaharui entri, ha ha ), dikesempatan semasa cuti ini akan aku membaharui entri dalam blog ini yang telah disurahkan oleh Syazwani Mustafa, berhabuk.

rasanya cukup dulu untuk entri pembukaan ini. aku memang malas nak bersurah panjang dalam entri ini. sekian terima kasih. ha ha.

Masa itu Emas

Waktu Solat

formspring.me


Ruangan Bersembang

Barclays Premier League Live Scores

Kick Out Racism

Kick Out Racism
stop racism because racism against citizens is a serious matter

Followers