ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam

    Favourite Quotes

    # "I am not a has-been. I am a will be"

    # "determine to do some thinking for yourself. Don't live entirely upon the thoughts of others. don't be an automaton"

    # "The most pathetic person in the world is someone who has sight but has no vision"

    # "the act of putting pen to paper encourages pause for thought, this is turn makes us think more deeply about life, which helps us regain our equilibrium"

Sahabat Maya

Showing posts with label aktiviti harian. Show all posts
Showing posts with label aktiviti harian. Show all posts

Bangkit Semula


Telah lama aku menyepi,
Kini terbit rasa ingin kembali,
Dek kerna terlalu sibuk urusan diri,
Hanya kemaafan yang daku ingini.

Sekadar makluman buat saudara saudari,
Kesibukan ini adalah takdir Ilahi,
Sibuk daku menyiapkan diri,
Untuk membina 'masjid' yang diimpi.

Setiap hari kita mengharungi masa,
Ia pantas tidak menunggu sesiapa,
Berharap agar tiada berpanjangan duka,
Hanya meminta keberkatan dan bahagia.

Setiap pemula ada penamat,
Berharap ini bukan alamat,
Hari ini hanya entri singkat,
Mungkin esok lusa meningkat.

                                                                                                               darthoneavenue
                                                                                                             

I'm Back


wooohooooo.. afta bein hiding in the cave for several months, i'm bek to gv some disaster in this blog.

currently been workin in MAS as data management. kindda boring job for the first 3 days. blog is on of the things that I can do since my supervisor didn't give any task yet. oh forget to tell ya i'm writing using the office lappy. 1st day workin got own lappy. kindda heavy wit core 2 duo processor.

i'll will continue later since I need to keep discrete typing this entry. c ya later.

Tiada Tajuk


tujuan entri ini adalah untuk menyatakan bahawa blog ini masih belum luput. cuma kekeringan idea telah menyekat percambahan blog ini. kepada pembaca, harap dapat sabar menunggu entri terbaru.


nota kaki : terlalu sibuk mengharungi semester 5 SM (K) Ekonomi Perniagaan.

R.E.L.I.E.F


Finally, i've made my decision. i've inform all parties involved. thank god, the reaction is positive and i do really love to hear that. thanks for the cooperation guys. i know most you guys shocked wit my decision but i've a strong reason and because of few constraint. i do know my weaknesses, that's why i'm stepping backward. i'm so sorry for all inconvenience that i've burden all of you guys. i really don't mean it. it just my weaknesses.

to the one who takeover all my responsibilities after this, thank you. if you have anything regarding to "this", don't be hesitate to ask me. i'll assist you as far as i can.



this post is continuation from this entry : aku berundur.


darthoneavenue

'bujang' day out


Date : 15th February 2010
Venue : Bukit Tinggi, Klang
Committee : Mohamad Shafwan, Zeera Qaseh, Nurhusmyra Naema, Warna Nur


It was so much fun. Thank you guys for the times spent for that day. Watching Valentine Day movie eventhough we are single, but I'm not sure bout the availability. It's a day that carve a huge smile on my face. Not just having so much fun with those girls, i'm also encounter someone that melting me over. I don't know whether i can communicate with "DIA" or not. Time will decide.

Done with "DIA". Back to the topic. With Nurhusmyra Naema and Warna Nur been single in just over a week, it didn't stop us to have so much fun even just only window shopping and watching movie at Bukit Tinggi, Klang. Me and Zeera Qaseh? It is better not to tell bout our (read in separate way because we are not in relationship) relationship. ha ha.

To Warna Nur, I'll support you from the back, front, side or from any angle you want. You got my numbers right. That is how Besties do.

To Ema, be strong girl. When we believe we can, insyaALLAH you can make it. Explore a new way of life is a great experince.

To Zeera, no words can write here. I'll text you later.

To me? ha ha. Lot of things to be remind to myself. I'll write in another post.

;)




darthoneavenue

wohhooooo...



Tarikh: 26 Disember 2009
Masa : 1400-2230 Hrs
Lokasi: Perkarangan Parkir A, Stadium Bukit Jalil
Aktiviti : Rock The World 9



Setelah beberapa tahun terlepas peluang untuk g RTW nih, this is first time g RTW.. sebelum nih asyik cancel last minit je.. klu xsebab duit, sebab-sebab lain lak mendatang. kali ni g berdua je ngan Salman. dah cam dating plak.. hahahha.. anyway RTW9 mmg besh.. walaupun hari tidak secerah yang diharapkan tapi tidak menghalang peminat-peminat muzik tempatan untuk melayan band-band perform.

aku sampai dalam kol 2 petang drive dari Ampang sampai Bukit Jalil, memula ingat jem tapi rupenye tidak seperti yang disangka. hoho. sampai je terus beli tiket nak masuk.. tapi mase beli tiket agak rush sebab band Restraint ngah sound check. tujuan datang awal pn mmg nk tgk diorg perform. memang layan habis.. hoho

RTW kali ni ada 3 stage iaitu Main Stage, Indie Stage ngan Chill Stage. aku kompom la xlayan indie stage.. layan band kat Main Stage je la.. masyuk oooo.. petang mmg seisi ber "moshing" band yang main petang uh antaranya Restraint, Kugiran Tepi Pantai dan ramai ag.. tpi petang dalam kol 4 lebih hujan selebat-lebatnya so terpaksalah diberhentikan seketika.. sume stage tutup.. dalam 5 lebih stage chill ngan indie bukak blk tp main stage lambat sikit..

tang malam lepas maghrib tuh yang agak besh.. start dari The Times, pah2 Azlan and the Typewriter, Yuna, Love Me Butch, Pop Shuvit, Republic Of Brickfiled (syok yo berskanskin) dan band yang mmg aku nk usha lame Disagree (agak kuciwa sbb main 2 lagu je pah2 sound teruk sket).. ada la kejap layan Second Combat kat indie stage( tp aku rase band nih ptt men kt main stage)... apa yang rugi ialah aku xdapt lak hadiah lucky draw.. gitar fender tuh.... hahahhahah

Lepas Love Me Butch uh aku blah sbb lapo sangat.. xtertahan rasenye ngan makan tgh hari cume ayam kepci seketul.. dah 2 da la penat gile bermoshing dan berskanskin.. nak jage plak si Salman uh.. hahhahha

Btw this event is really2 rawk.. next year kompom datang ag.. tp bergantung pada line-up gak ar.. hoho

nota picisan





hari ini alhamdulillah dapat aku satu ilmu baru untuk set up wireless kt umah. dengan berbekalkan wang simpanan ntok beli router yg aku simpan dari duit PTPTN tuh, aku pn menuju ke kedai komputer, xkan la kedai basikal plak kan. tol x? tanpa segan silu aku pn belilah router itu. jenama? D-LINK DIR-600, rege blakang kire, 100++ gak la.. huhu

puas aku dok belek2 akhirnya, berjaya gak aku menukar setting modem streamyx tuh kepada bridge mood, set plak router, setel. semudah itu je. tapi masa yang diambil untuk siap? kira-kira 3 jam campur tolak bahagi darab dengan makan, minum dan facebooking. hahhahhahah

yang penting, ilmu baru itu yang bernilai, biarlah pe org nk kate... huhu

kepada yang menyokong, terima kasih. credit to my uncle, cik aki sbb bg panduan even sekadar bercakap dlm tepon. huhu

Kahwin oh Kahwin







Hari: Isnin
Tarikh: 19 Oktober 2009
Masa: 11:25 pagi.
Lokasi: ruang tamu rumah 516.


Perkara : menceritakan pengalaman hujung minggu.
Tarikh Perkara : 16, 17 dan 18 Oktober.
Aktiviti : Majlis Akad Nikah dan Persandingan.
Majlis Siapa : Zulkefli bin Hj Darini. (Usu)

1. Perkara : Majlis Akad Nikah
Hari : Jumaat
Masa : Selepas Asar.



Gambar lain sila view : http://www.facebook.com/editphoto.php?aid=116075#/album.php?aid=116075&id=615499796



2. Majlis Persandingan.
Hari : Ahad.
Masa : Sepanjang hari Sabtu ( Persediaan) dan Ahad (Majlis)

Sila view link ini : http://www.facebook.com/home.php?ref=home#/album.php?aid=116077&id=615499796

Malam Pra-Graduan Fakulti Sains Komputer & Matematik


Tarikh : 16 Oktober 2009.
Masa : 2000hrs-2300hrs.
Tempat : Concorde Hotel.

Pada hari Jumaat, aku bersama Amir, Zaireen dan Balkis dijemput untuk mengisi meja kosong yang telah direserve oleh Khairul Izwan selaku pengarah projek program ini. Untuk makluman, kami bukan dari fakulti yang tersebut diatas ya. hehe. Mungkin kami dijemput bagi menemani MC majlis tersebut iaitu Ayu dan Helmi. jadi, meja tersebut dipenuhi dengan kami, 2 penyanyi jemputan dan juga MC. Membebel banyak pun tak seronok. Inilah New Me a.k.a latest pic of me.


* aku dan MC*
Gambar makan-makan tak nak upload. hehe. tunjuk sikit-sikit ja. haha



p/s: thanks to k-rol, zik, ajigol, sham dan rakan-rakan FSKM dan pelajar degree in Statistic.

Ayuh kita gerakkan!



Uiks.. Lame dah x post entri.. memandangkan hari ini kelas Investment cancel, so de la time nk menaip. Gian nk menaip tuh mmg cam layan candu tapi nk post pe pn xtau sebab xde idea kot.. tp nk gak sebab start entri ni ditaip cuti hujung minggu dah bermula. yeah! jangan jeles ye sebab jumaat mmg xde kelas (kes ni ditolak untuk pelajar yang kt Kelantan, Kedah dan Terengganu.. tp nk gak bagi jeles sebab every week at least cuti 3 hari.. hohoho)..

Even cuti pn macam2 nk kena buat nih. So plan this week cani la.. hehe

Jumaat - bangun lambat sbb mlm ni main futsal. Sembahyang jumaat pah2 sambung wt design kad kahwin ntok Usu. adeh2x! hope de la idea nk wt cane. Sebelum waktu berbuka, blk kampung!!! yeay.. nk berbuka kt umah.. last week xblk.. hehe

Sabtu - nk bgn lambat gak. pah2 nk tunjuk design kt Usu. hope design yg terhasil sok diterima. hehe. Pah2 nk melayan gitar sejam dua. prakktis lagu raya plak. hehe. Malam, berangkat ke Shah Alam. nk study Insurance ngan Microeconomics. Test ngan kuiz 2.. tambahan pulak ngan assignment nk submit sebelum raya..

Ahad - bangun awal klu larat. huhu. wt assignment Macroeconomics sambil study ntok kuiz. De kesempatan study Insurance lak. tertekan sket Insurance nih. dah la kuiz totally out.. payah gile.. adeh2x!

Diharap boleh la buat sume benda yg dirancang nih.. xmo dah miss out something. ntah bile la nk berubah. Diploma mentality aku ni masih menebal.. adoyai.. tulun2..

Hari ketiga Ramadhan.


24/08/09

Hari ini merupakan hari pertama kelas pada keadaan dimana semua sedang menahan lapar dan dahaga. Akan tetapi pada hari ini aku telah diberikan cuti sakit daripada Pusat Kesihatan UiTM. Entahlah kenapa sejak bermula puasa ada yang tidak kena dengan tubuh badan aku ini. Pada hari pertama puasa badan aku terasa sangat panas seperti demam panas beserta sakit dibahagian tulang belakang dan pinggang. Dengan ketabahan diri, aku mengharungi puasa dengan tubuh badan aku yang lemah longlai. Alhamdulillah dengan sokongan daripada mama dan ayah yang menjaga aku sementara menunggu masa berbuka puasa.

Rancangan untuk kembali ke rumah sewa pada malam selepas berbuka puasa terpaksa dibatalkan kerana aku tidak berdaya untuk membuat apa-apapun. Selepas waktu isya' aku terus makan ubat demam bagi mengurangkan kepanasan badan ini.

Sahur pada pagi hari kedua puasa aku bangun tepat jam 5 pagi. Badan pada ketika itu sedikit kebah tetapi masih kurang berselera untuk makan. Mahu tidak mahu terpaksa lah memaksa diri untuk menelan sedikit makanan bagi aku dapat menahan lapar pada siang hari. Pada siang hari kepanasan badan sudah berkurangan akan tetapi sakit tulang belakang aku masih lagi belum reda. Petang jam 5 aku gagahkan diri memandu keretaku untuk kembali ke rumah sewa. aku tiba kurang lebih jam 6 petang. Alhamdulillah meskipun aku beberapa kali hampir hilang kawalan sampai juga dengan selamat. Makanan berbuka pun aku terpaksa kirim dengan Panjang sebab aku tidak larat langsung untuk turun dan naik semula ke rumah. Selepas berbuka, aku makan actifast dua biji. Ini pun Panjang yang bagi. Alhamdulillah kebah juga demam aku.

Hari ketiga puasa semua rakan serumah ada di rumah. Amir mengambil tanggungjawab untuk menyediakan juadah sahur. Meskipun hanya nasi goreng, aku tetap bersyukur. Dan seperti biasa masakan Amir memang sedap. Al-maklumlah, sudah biasa makan masakan Amir masa diploma dulu. Nak harapkan tangan aku memang agak gagal lah. hehe.

Selepas sahur, aku sambung tidur. Kepala aku masih lagi pening lalat. Pada siang hari aku meminta Amir menghantar aku pergi ke Pusat Kesihatan untuk memeriksa apa sebenarnya punca kesakitan aku ini. Beriya-iya nak periksa doktor sarankan untuk injection. Aku tanpa berfikir panjang terus setuju. Ku sangkakan tidaklah sakit mana, tetapi selepas diberi suntikan, kakiku terasa sakit sangat.

Ubat yang dibekalkan kepadaku

Apa-apa pun aku diberikan sijil cuti sakit sehari. Bolehlah aku berehat meskipun masih memikirkan aku terlepas dua test ECO537 dan INS420.

Sekitar seminggu....


"kusangkakan.. panas berpanjangan.. rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang"

untuk perjalanan kehidupan aku sebagai seorang hamba Allah, aku rasa bait lagu nyanyian Slam ni sesuai la. banyak kisah yang berlaku dan kesemuanya ada berkaitan dengan hidup ku ini.

Bermula Isnin aku bergembira sehingga Jumaat, tetapi kegembiraan aku tersekat pada Jumaat malam dimana berita menyayat hati aku. Rasanya baik bermula dengan cerita gembira.

Isnin:
Seperti dalam entri sebelum ini, aku membeli buku bersama Yong.

Selasa:
Juga sudah tercatat dalam entri sebelum ini. Pada malamnya mendapat berita bahawa salah seorang rakan semasa diploma dulu, Siti Aisyah Koestiardy (Ecah) masuk ICU akibat jangkitan H1N1. Dia dalam keadaan koma ketika itu. Agak terkejut mendengar berita tersebut.

Rabu:
Hanya meneruskan hidup seperti biasa dengan tambahan bermain futsal bersama rakan sekelas Amir, budak-budak kelas Transport.

Khamis:
Hari ini, tidak pergi kesemua kelas. Tidak tahu mengapa badan terasa lesu. Seperti merasakan sesuatu. Tapi diabaikan. Pada hari ini juga aku teringat bahawa esok hari jadi Maskinah Bt Sadikon. Mak aku sendiri. Mujur tidak terlambat. Lepas Maghrib, terus balik Banting. Dah telefon Uda (adik lelaki aku yang akhir) suruh beli sedikit makanan untuk sambut bufday Mama. Ayong (Abg Sulong) datang bersama Kak Seha dan Dariyn membawa KFC. Kami pun makan dulu tanpa tunggu ayah sebab masih kat Klang. Ayah pergi ambil Eka kt Politeknik Sabak Bernam. Terpaksa tutup angkara H1N1.

Jumaat:
Hari yang menjadi hari yang bercampur baur perasaan bagi aku. Kegembiraan pastinya terpancar apabila memasuki hari ulang tahun kelahiran ibu sendiri. Love you so much Mama.

Pada sebelah malam, keluarga Haji Darini (Atuk) berkumpul di rumah Cik Leha untuk aktiviti bulanan keluarga disamping bertahlil bagi arwah Patomas (suami Cik Leha) yang telah pergi 2 bulan lalu. Pada malam itu juga Cik Ipin mengingatkan bahaya H1N1 yang merebak dengan cepat. Pada waktu itu juga aku mendapat SMS daripada Yani ( rakan DIA ) menyatakan Ecah telah pergi buat selamanya. Bertahun aku pasang hajat nak berjumpa dengannya tapi apakan daya, Allah lebih menyayanginya. Kemudian bayak panggilan dan SMS dari rakan lama menyampaikan berita. Ecah, kenangan kita masih dalam ingatan... Al-Fatihah buatnya. Amin..


** wajah seorang sahabat semasa hayatnya. kenangan bersamamu akan sentiasa dingati.**

Pada lewat malam, aku keluar menonton wayang bersama rakan-rakan, pada mulanya ingin membatalkan hajat tetapi sudah berjanji maka pergilah. Kami menonton cerita GI Joe. Malas nak komen cerita ni sebab asyik terfikir pasal Ecah dalam panggung tu. Sesudah tamat cerita, terus balik kerumah dan post buletin dan status dalam rangkaian Alam Maya bagi menyebarkan berita tentang Ecah.


Sabtu:
Pagi Sabtu aku pergi ke NEC Semiconductor untuk hadir ke Majlis Penyerahan Hadiah Kecemerlangan anjuran NECMAL. Jam 8.30 aku sudah terpacak depan NEC. Masa majlis itu aku adalah menerima sedikit hadiah. Rezeki, syukur alhamdulillah.
Balik dari NEC aku cakap dengan ayah yang absorber belakang kereta dah lembut, nak tukar. Aku dengan ayah terus pergi kekedai kawan ayah. Jadi aku gantilah absorber itu. Terima kasih PTPTN. Pukul 4 lebih aku terus balik Shah Alam, nak hantar Linda ke stesen bas seksyen 17. Lepas hantar Linda, aku terus kerumah Syakinah dan Achik (rakan sekelas) untuk ambil tugasan Makroekonomi. Sesudah itu aku terus balik ke rumah sewa, layan internet sambil menaip entri ini.

nota kaki: "things happen for reasons" jadi kita sebagai insan tidak perlu terlalu obses dengan perasaan kerana hidup mesti diteruskan. Semoga Allah mencucuri roh arwah. Amin. Jangan lupa untuk menjaga kesihatan.

***TAMAT**

Alamak!!!


waduh2.. hari ni 6/8/09.. sok bufday mak aku.. baru teringat mlm td lepas main futsal.. mujur teringat awl.. skang ni dok pening plak nk bagi hadiah pe.. ble post mintak suggestion kt FB ngn MS mcm2 la cadangan yg kwn2 bagi.. antaranya barangan yg pernah aku bagi.. beg duit, handbag, kain ela, tudung ngan macam2 lagi la..
pening2.. adeh2x!
memandangkan ayah ade kt umah arini, aku rase bek blk umah mlm ni celebrate mlm ni je.. sok pagi mama keje pah2 ayah lak xde kt umah.. so smbut mlm ni je la.. hehe.. ag pon sok xde klas, so blk smpai sbtu la..

sabtu ni nk g tempat keje mama, nk amek hadiah ape ntah.. mama soh pegi, so pegi je la.. hehe

erm.. sape2 yg ade idea nk bagi ape sila text ya.. bantuan anda sangat saya hargai.. hehe



p/s: kepada mahrean2 sekalian, ku pohon ampun atas segala pembatalan perancangan ye.. cane lah leh lupe benda penting ni..

Kembali??


kembali??
bunyi cam pegi jauh je..
padahal bercuti selama seminggu je..
tu pn sebab pembawakan virus H1N1 a.k.a Swine Flu a.k.a Selesema Babi...
maka secara automatik VC UiTM merubah pelan pengajian UiTM secara drastik..
pe nak buat.. cuti la.. enjoy..

aku pn xtau la nk letak entri pe..
cume saje je nk update blog yg dah bersarang labah2 nih..
hahaha

selama seminggu bercuti aku xbuat pape pn kecuali bermain futsal sebanyak 4 kali diamana mendatangkan sedikit kecederaan kepada pergelangan kakiku..
adehh.. kecederaan lama.. ntah bila la nk baik..

selain dari 2 berita baik utk semua penghutang2 PTPN sebab PTPTN dah bagi hutang..
hooraayyyy.. (sekarang ni memang gembira, byr nanti merana)..
memandangkan aku pn tergolong dalam mahrein2 ni so aku pn melonjak gembira seketika..
hehe

first thing ake beli hasil dari hutang dari PTPTN, new spec.. maklum la.. mata dah semakin kabur pulak sejak dua menjak ni.. so tindakan yg tepat la aku buat spec.. cost.. ehem2.. RM300..
rugi woo.. tp xpe.. ntok kebaikan diri sendiri xpe.. hehe..

tapi sebelum 2 aku g KLCC, de PC Fair.. hajatnye meneman la si Ariv ( dak BACC ni) beli laptop..
dah kwn2 menghasut g KLCC, so pegi je la.. memandangkan dowg mintak aku provide transport, aku pn redah je la.. kawan2 punya pasal.. hehe.. igt xnk la membeli pape.. maklumla.. nk jimat2.. hehe.. tp terpana plak ngan AVIRA INTERNET SECURITY ngan Beg Lappy sandang.. so sebat la.. abeh la dlm RM200.. ni pkai elaun bulanan mak aku bagi.. abeh terus.. adeh2x!

Aktiviti seterusnya lak agak besh la.. hari isnin bersama kawan baik aku si Yong Athirah g Book Fair kt PKNS... jalan punya jalan nampak lak buku yg cam besh.. lalu terus grab buku 13 Mei; Dokumen-dokumen deklasifikasi Tentang Rusuhan 1969 Malaysia, Malaysia Human Right Report 2008 (civil and political rights) ngan buku 1Black Malaysia (buku ni Yong yg beli.. hehe)..
lepas beli blk singgah Giant neman si Yong membeli-belah.. penat siot.. haha
(Kelas Eco538 aku monteng.. bgn2 dah kol 8.30.. sambung blk.. hahahha)

Masuk ari Selasa lak aku cume de 2 klas je.. klas INS420 ngan FIN548.. klas Risk and Insurance paham la gak.. masuk klas Investment.. haram.. maklumlah.. lame sgt dah tinggal.. haha
lepas klas FIN548 terus aku g menara SAAS... dengar cite de Book Fair.. this time g ngan Syamir (classmate aku).. jalan2 tgk buku keluaran hampir semua Universitas kt Malaysia ni.. beli buku lagi.. kali ni buku Pardon My English.. maklumlah.. org kurang bijak bahasa omputeh.. so beli la buku ni.. bajet nk improve english skills la.. hehe

Hari ni aku dah abeh baca buku 13 mei tu.. so aku dah nampak la gambaran sebenar situasi sebenar masa peristiwa paling berdarah kt Malaysia tu.. Nampak gaya claim aku selama ni bahawa dlm buku KBSM 2 xberapa tepat.. terlalu byk fakta disembunyikan.. xnk cerita la..
bace sendiri.. hehe.. tp klu nk tau leh la text2 aku tanye ye.. hehe

erm.. rasenye cukuplah bebelan aku yang dah tahap meraban nih.. hahhaa..
daaa....

nota kaki : gambar-gambar berkaitan akan diupload dalam masa terdekat..
hehehhe

Masa itu Emas

Waktu Solat

formspring.me


Ruangan Bersembang

Barclays Premier League Live Scores

Kick Out Racism

Kick Out Racism
stop racism because racism against citizens is a serious matter

Followers