ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam

    Favourite Quotes

    # "I am not a has-been. I am a will be"

    # "determine to do some thinking for yourself. Don't live entirely upon the thoughts of others. don't be an automaton"

    # "The most pathetic person in the world is someone who has sight but has no vision"

    # "the act of putting pen to paper encourages pause for thought, this is turn makes us think more deeply about life, which helps us regain our equilibrium"

Sahabat Maya

Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Salam Maulud Malaysia


Pagi Jumaat Penghulu hari,
Hari Malaysia kita rai,
Bersyukur kita ke hidrat Ilahi,
Atas segala nikmat yang diberi.

Salam Maulud Malaysia. Semoga negara kita akan sentiasa aman makmur. wahai anak bangsa, negara kita milik kita. kitalah pemacu arah tuju negara kita.

Solidariti 9/11


semalam ulang tahun runtuhnya keangkuhan pencakar langit negara uncle sam. ianya yang kesepuluh. solidariti buat mangsa kejadian. biarpun berlainan agama, bangsa dan negara, kita patut menentang kekejaman, kezaliman dan juga keganasan.salam keamanan dunia.


p/s: solidariti juga buat mangsa kejadian rompakan di kedai mamak seksyen 15, Shah Alam. manusia durjana merompak manusia lain. woih! buat kerja halal baru lah dapat berkat!

Bayangan Sendiri, Gentar


anak bangsa telah leka,
dibawa arus permodenan dunia,
akal dangkal mengatasi segala,
terpesona dengan hanya satu propaganda

dewasa ini kita telah maju,
dilimpah dengan teknologi baru,
laman sesawang dan buku menjadi pemandu,
menjadikan kita tidak dungu

hidup jangan takut akan bayangan sendiri,
kelak akan membinasakan diri,
kebenaran pahit dan perit pasti,
namun ianya dapat beri kesedaran diri.

ayuh kita semua,
dan jangan kita lupa,
mengetahui kebenaran bukan binasa,
ia menjadikan kita manusia lebih berguna

Chin Peng; pengganas ataupun pejuang?


2 Disember 2009, 20 tahun Perjanjian Damai Hatyai yang mengikat antara tiga pihak iaitu Parti Komunis Malaya (PKM), Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Sebelum daripada tarikh tersebut, banyak berita tentang Chin Peng memenuhi dada-dada akhbar dan saluran media negara.

Siapa Chin Peng? Chin Peng ataupun Ong Boon Hwa merupakan antara pemimpin tertinggi PKM yang turut disertai oleh Abdullah CD, Suriani Abdullah dan Rashid Maidin. Untuk maklumat lanjut mengenai beliau boleh didapati di internet dengan carian "Chin Peng".

PKM? merupakan sebuah parti yang di"anggap" berhaluan kiri oleh pemerintah British. Ditubuhkan pada tahun 1930 yang pada mulanya ingin menentang pemerintahan British. Akan tetapi, pada tahun 1942 mereka menubuhkan Malayan Peoples' Anti-Japanese Army (MPAJA).
Mereka juga turut menubuhkan Parti Komunis Melayu Malaya (PKMM, atau rejimen ke-10). selebihnya boleh dicari dilaman internet.

Ordinan Darurat 1948? pada pertengahan Jun 1948, kaum penjajah British melaksanakan Undang-undang Daruat di seluruh negara, melakukan penangkapan secara besar-besaran, mengharamkan parti-parti politik dan pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air dengan berselindung di sebalik topeng membasmi komunis yang "mengancam" keselamatan negara. Sudah pasti negara yang dimaksudkan ialah kekuasaan penjajah British di Malaya. Selepas ancaman komunis tamat pada 1989, ia diteruskan oleh pimpinan kerajaan Barisan Nasional dan dikenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

jika ditilik situasi ketika itu, kedudukan penjajah British benar-benar diancam oleh perjuangan kemerdekaan rakyat berbagai kaum dari berbagai aliran patriotik demokratik atau disebut juga sebagai golongan kiri. Boleh dikatakan semua kekuatan progresif Melayu dan bukan Melayu telah bergabung dalam barisan bersatu PUTERA – AMCJA. UMNO sebagai pertubuhan yang mewakili golongan pertengahan dan atasan Melayu yang menyokong pemerintahan British sudah tidak dapat menandingi gabungan kekuatan kiri berbagai kaum tersebut. Hartal raksasa 1947 yang dilancarkan PUTERA-AMCJA benar-benar dirasakan kesannya oleh kaum penjajah.
Ia disemarakkan lagi dengan situasi perjuangan kemerdekaan di serata tempat di Asia dan Afrika. Persidangan Serantau Asia yang diadakan di New Delhi dan Persidangan Parti-Parti Komunis Negara Komanwelth pada tahun 1947 benar-benar telah menambah semangat baru kepada gerakan kemerdekaan di Asia.

Itu semua adalah sedikit sebanyak sejarah PKM, Darurat 1948 dan jalan sebenar kemerdekaan.
itu semua adalah sejarah, biarlah tidak tersiar dalam buku KBSM ataupun buku sejarah ciptaan pemerintah kini.


Bagi aku, setiap manusia sepatutnya diberikan peluang untuk menebus kesalahan. memang tidak dinafikan bahawa PKM telah membunuh ramai orang terutamanya askar melayu yang ketika itu dibawah penjajah British. Ramai yang tidak tahu bahawa Abdullah CD serta isterinya Suriani Abdullah telah pulang ke Malaysia dan menetap di Malaysia.

Mengapa kita perlu menghalang seseorang untuk pulang ke tanah air sendiri? adakah kerana dia adalah kaum cina? Please stop from being racist!! apakah yang mampu dibuat oleh seorang tua yang berusia 85 tahun? erm.... entahlah....



nota kaki; ini adalah pandangan dari sudut aku, jika tidak suka tidak mengapa. dan mintak janganlah bermaki-maki.

Masa itu Emas

Waktu Solat

formspring.me


Ruangan Bersembang

Barclays Premier League Live Scores

Kick Out Racism

Kick Out Racism
stop racism because racism against citizens is a serious matter

Followers