ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam

    Favourite Quotes

    # "I am not a has-been. I am a will be"

    # "determine to do some thinking for yourself. Don't live entirely upon the thoughts of others. don't be an automaton"

    # "The most pathetic person in the world is someone who has sight but has no vision"

    # "the act of putting pen to paper encourages pause for thought, this is turn makes us think more deeply about life, which helps us regain our equilibrium"

Sahabat Maya

Showing posts with label hormon tak stabil. Show all posts
Showing posts with label hormon tak stabil. Show all posts

APOLOGIZE


ok, it's my BAD. sorry for everything. i just can't control myself.

I plead an apologize from you. yes, it's you.



dedicated to someone that I know, someone that always contacting me. thanks for your time, your energy and also your money.

M.O.U.R.N





thats me in the corner :

thinking bout the thing i've done,
thinking bout the thing i've through,
thinking bout the thing i've said,
thinking bout the thing i've read,
thinking bout the thing i've see,
thinking bout the thing i've taste,
thinking bout the thing i've experienced.

when I recall of this thing I felt dejected. There's smile on my face. Yes but inside is just like a slow motion suicide that keep on haunting and stabbing inside of me.

Is this the right time? Is this the right moment? Is this the right temperature?

may I blessed by ALLAH. amin.......



darthoneavenue

H.E.Y


we got eyes that able us to see,
but did we sure that our eyes doesn't lie?

we got ears that able us to hear,
but did we sure that our ears doesn't lie?

we got nose that able us to smell,
but did we sure that our nose doesn't lie?

we got tongue that able us to taste,
but did we sure that our tongue doesn't lie?

sometimes, our vision merely the truth but we didn't sure something behind it.
sometimes, we heard "they" happy enough but we didn't sure is that true or just some an illusion.


oh bintang kecil



oh bintang kecil
memancarkan cahaya nan sayup
menyinari ruangan kecil biarpun kesayupan
kau tidak layu dan mudah luntur usaha
mencuba sehabis daya

oh bintang kecil
hadirmu tidak membawa sinar baru
tetapi hadirmu membawa satu permulaan
permulaan haluan baru
haluan yang menjanjikan sesuatu

oh bintang kecil
bergerak menarilah dikau
menghasilkan senyuman dibibir
kotak pemikiran mulai hilang kusut
terkesima melihat dikau

oh bintang kecil
terima kasih atas pancaran cahaya mu
terima kasih atas hadiran mu
terima kasih atas usaha mu
terima kasih atas diri mu


darthoneavenue

Soal-Jawab Darth One


  1. ada suara mula bertanya, "wan, kenapa penulisan ko penuh dengan skematik?" aku pun jawab "itu gaya penulisan aku. untuk memulihkan tahap Bahasa Melayu aku"
  2. "Wan, lutut kau dah pulih ke belum?", "belum" jawapanku ringkas.
  3. "Wan, penulisan kau kadang-kadang menampakkan kau marahlah, pada siapa?" aku pun jawab " bukan marah tetapi ini adalah janaan idea pada masa itu"
  4. "Wan, kenapa kau meminati Liverpool? kan Liverpool tidak se gah Manchester United." jawab ku ringkas "aku bukan glory seekers"
  5. "Sejak dua menjak ini kau macam PMS sahaja Wan?", sambil garu kepala "hormon tidak stabil"
  6. "Wan, kau ni penuh dogmatik dalam perbualan" aku pun balas "sukahati akulah"
  7. "kau ni dah terlampau obses dengan Facebook ni Wan", sambil garu kepala dan menjawab "ini kan medium untuk aku kenali rakan-rakan aku"
  8. "Wan jom karaoke" aku pun jawab dengan sepantas angin "jom, tetapi sila jaga gegendang telinga anda. ha ha ha"
  9. "Wan, sekarang dengan siapa?", aku pun jawab, "soalan apakah ini?"
  10. "Wan pinjam duit sikit." aku pun membalas "berapa itu? aku dah agak kekontangan ini. agak-agak boleh aku buat pinjaman peribadi dengan kau tak?"

Entah apa gila otak aku berputar seperti alternator kereta. Setelah medapat bantuan bateri untuk memulakan penulisan, otak aku berputar-putar dan meronta-ronta untuk mengluarkan idea.

Jadi mungkin selepas ini aku seperti mahu menaip entri soal-jawab bersama darth one a.k.a Mohamad Shafwan. Sesiapa yang berminat untuk bertanya, anda dialu-alukan untuk bertanya. Semua soalan akan dijawab. Tinggalkan soalan pada entri ini ataupun kotak berbual disebelah kanan entri ini. Terima Kasih

aku berundur



aku punya tanggungjawab
bukan ku pinta
bukan diberi secara sepakat
tetapi aku memikulnya atas rasa tanggungjawab dan belas ihsan
bukan aku cuba mengusai segalanya
kerana itu bukan cara aku

aku cuba untuk membantu
tetapi seringkali disalah ertikan
aku juga punya jiwa
punya perasaan
punya hati


salahkah aku cuba untuk membantu meringankan beban?
aku cuma mengurus
aku cuba yang terbaik
kadangkala mengeluarkannya dari saku sendiri
aku bukan ingin berkira
kerana itu bukan sifat aku

ya!
aku kadangkala terpaksa meminta lebih
bukan kerana apa
aku tidak mampu untuk menampung untuk setiap kali
aku bukan jutawan
bukan ahli MLM yang mampu mengaut jutaan ringgit
aku hanya mengharapkan wang pinjaman
kerana aku tidak mampu

akan tetapi pabila aku mula tidak dipercayai
aku mula luluh hati
aku mula kecewa
aku mula hilang semangat
aku mula rasa mahu buang segala tanggungjawab
aku mula untuk melepaskan semua beban ini
aku sudah putus asa

aku telah membuat keputusan
ini adalah kali terakhir
aku terpaksa lepaskan kepada orang lain
aku sudah tidak dipercayai
sayugia aku akan berundur beberapa langkah
akan tetapi diingatkan aku bukan seorang pengalah

nota kaki : berkata lebih mudah dari mengurus



darthoneavenue

La'Tahzan Mohamad Shafwan


bait nyanyian Zamani dalam lagu "Biarkan Ia Pergi"

Biarkan ia pergi
Jangan dikesalkan
Tuhan lebih mengerti
Apa yang disuratkan

H.I.L.A.N.G


nama : Hj Darini B. Hj Dasuki
tarikh lahir : 03 Ogos 1937
tarikh meninggal : 7hb Mac 2010
waktu meninggal : 8.00 pagi.
punca kematian : darah tinggi
dilapor oleh : Zulkifli B. Hj Darini


Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu.”
Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745



*
selamat tinggal dunia, selamat tinggal semuanya. semoga rohnya senantiasa dirahmati olehNYA. insyaALLAH. amin ya rabbal alamin..* engkau sentiasa dalam ingatan. 1937-2010.


darthoneavenue

apasajakutulis


Aku bukanlah seorang yang pandai bermadah puisi dan berpujangga
Akan tetapi aku meminati dan cuba untuk mempelajarinya
Menulis bukan kemahiranku
Bahkan aku memang bukan seorang yang kritis dan kreatif serta inovatif
Apa yang selalu terpahat ialah rencana minda yang aku sendiri tidak mampu untuk klasifikasikannya
Apa saja yang tertulis adalah apa yang terfikir oleh otakku
Ianya mengalir terus ke tangan lalu ianya terukir di sini.
Mungkin sesetengah penulisan itu nampak seperti menjurus kepada seseorang.
Ya, mungkin kerana dari situlah idea terbit
Akan tetapi ianya bukan untuk menjatuhkan orang itu.
Sekadar peringatan kepada diri sendiri, mungkin kepada orang yang membaca nota-nota sampah ini.
Maafkan diri ini jika penulisan ini mengguris perasaan orang yang membacanya
Aku punya kekhilafan kerana aku adalah manusia, insan dan juga homo sapien

Tangga-tangga ke pintu apakah?


Minta maaf En Tangga,

Anda dicipta untuk memudahkan homo sapien untuk ketempat lebih tinggi,

Andalah ciptaan homo sapien untuk memudahkan proses menaik keatas dan juga turun kebawah,

Anda juga mampu mencapai berpuluh-puluh tingkat selagi dibina oleh homo sapien,

Anda terusan membantu homo sapien selain dari memudahkan proses naik-turun,

Anda juga mampu untuk membantu homo sapien bersenam untuk kesihatan.

Akan tetapi,

Sejak dua menjak ini aku terpaksa membenci anda,

Aku bukan sengaja membenci anda,

Tiada niat didalam hati untuk membenci anda,

Mendaki dan menuruni anda sudah menjadi suatu keperitan bagi diri aku,

Kadangkala dengan berbekalkan tongkat hasil pinjaman daripada Pusat Kesihatan,

Kadangkala tanpa tongkat hikmat,

Aku mengharungi dengan gagahnya,

Menahan perit dan jerih,

Menuruni dan mendaki,

Lebih perit ketika menuruni,

Aku bemohon padaNYA agar dapat memberikan aku kekuatan.

En Tangga,

Terima kasih atas sumbangan anda kepada kami, homo sapien

Akan tetapi aku terpaksa membenci anda buat beberapa bulan,

Semoga aku cepat sembuh.



darthoneavenue

aku, engkau, lingkaran kita.



aku punya kelemahan, antaranya;

  • seringkali menyusahkan orang
  • seringkali menyakitkan hati orang
  • seringkali membuatkan orang membenci aku
  • seringkali memarahi orang
  • seringkali berkata-kata tentang orang
  • seringkali memalit kenangan pahit kepada orang lain
  • seringkali membebani insan lain
  • seringkali mengharapkan orang lain
  • seringkali menyuruh orang
  • seringkali mengganggu orang
  • seringkali emosi terganggu
kerana aku;
  • seorang homo sapien
  • seorang homo sapien yang lemah
  • seorang homo sapien yang daif
  • seorang homo sapien yang penuh kekhilafan
  • seorang homo sapien yang tidak punya kuasa
  • seorang homo sapien yang tidak punya daya
  • seorang homo sapien yang tidak gagah
  • seorang homo sapien yang punya hati 'tidak sesuci' orang yang 'suci'
  • seorang homo sapien yang mempunyai akal pemikiran yang dangkal
  • seorang homo sapien yang punya hati yang kotor
  • seorang homo sapien yang kolot
  • seorang homo sapien yang haprak
  • seorang homo sapien yang lemah segala-galanya
tetapi aku juga punya kekuatan, antaranya;
  • aku diberi otak dan akal untuk berfikir
  • aku diberi hati untuk menimbang semua perkara yang dibuat
  • aku diberi mata untuk melihat mana baik mana buruk
  • aku diberi kaki untuk bergerak kemana sahaja yang termampu
  • aku diberi tangan untuk memegang dan membuat banyak perkara
  • aku diberi hidung untuk bernafas
  • aku diberi telinga untuk mendengar
  • aku diberi lidah untuk merasa
  • aku diberi mulut untuk berkata-kata
  • aku diberi jantung untuk mengepam darah kesaliran darah seluruh badan
  • aku diberi nyawa untuk hidup didunia
  • aku diberi jiwa untuk menjiwai
  • aku diberi sebaik-baik ciptaan manusia agar mampu teruskan perjuangan di alam fana.
mungkin kita sama, akan tetapi kita tidak serupa. mungkin engkau kata aku adalah tidak sebaik engkau akan tetapi inilah diriku. jika engkau tidak mahu menjadi seperti diri aku, jadilah seperti diri engkau. akan tetapi janganlah ini membuatkan kita dibeda-beda. kita semua sama sahaja. berbeda watak, berbeda gaya berbeda rupa, berbeda kemampuan, berbeda kebijaksanaan akan tetapi kita masih insan, manusia homo sapien.

kita bermula dengan A tidak manis jika berakhir dengan Z kerana aku suka pabila kita bermula dengan A ianya tidak berakhir dengan Z dimana aku berharap ia akan bersambung menjadi kitaran ataupun lingkaran yang tidak akan putus kecuali mati yang memisahkannya.

aku memanjatkan doa agar aku, engkau dan lingkaran kita tidak akan putus. aku juga tidak lupa untuk mendoakan kebahagiaan aku, engkau dan lingkaran kita. biarpun kita dilanda sebarang musibah, biarpun kita dirundung malang, biarpun kita dipalit kenangan pahit, aku memohon untuk aku, engkau dan lingkaran kita mampu untuk menghadapinya dan mengecapi apa yang diimpikan.




p/s: aku sudah melalut tahap cipan tergolek dalam jamban rumah cik bedah.



darthoneavenue

ketidakstabilan




******************** kau, aku berbeda *******************



kau boleh
;

- menghina aku
- mengherdik aku
- mencaci aku
- menuduh aku
- menjatuhkan aku
- memaki aku

kerana aku bukan kau. tetapi, aku juga boleh;

- menghina kau
- mengherdik kau
- mencaci kau
- menuduh kau
- menjatuhkan kau
- memaki kau

malangnya aku tidak akan;

- menghina kau
- mengherdik kau
- mencaci kau
- menuduh kau
- menjatuhkan kau
- memaki kau

walaupun kau bukan aku, aku bukan kau. jika aku membuat seperti kau, aku dah menjadi seperti kau. kau dan aku, berbeda.

aku akan;

- memaafkan kau
- melupakan kesalahan kau
- menerima kau
- menasihati kau
- membantu kau
- menolong kau

atas dasar apa;

- kerana aku juga bisa melakukan kesilapan
- kerana aku bukan seorang pendendam
- kerana aku bukan seorang egois
- kerana aku bukan seorang pemarah
- kerana aku seorang pemaaf
- kerana aku insan yang lemah

oleh itu, marilah kita saling maaf bermaafan, lupakan kisah silam dan memacu kehidupan yang lebih sempurna.


darthoneavenue

Masa itu Emas

Waktu Solat

formspring.me


Ruangan Bersembang

Barclays Premier League Live Scores

Kick Out Racism

Kick Out Racism
stop racism because racism against citizens is a serious matter

Followers