semalam ulang tahun runtuhnya keangkuhan pencakar langit negara uncle sam. ianya yang kesepuluh. solidariti buat mangsa kejadian. biarpun berlainan agama, bangsa dan negara, kita patut menentang kekejaman, kezaliman dan juga keganasan.salam keamanan dunia.
p/s: solidariti juga buat mangsa kejadian rompakan di kedai mamak seksyen 15, Shah Alam. manusia durjana merompak manusia lain. woih! buat kerja halal baru lah dapat berkat!
Favourite Quotes
# "determine to do some thinking for yourself. Don't live entirely upon the thoughts of others. don't be an automaton"
# "The most pathetic person in the world is someone who has sight but has no vision"
# "the act of putting pen to paper encourages pause for thought, this is turn makes us think more deeply about life, which helps us regain our equilibrium"
Facebook Badge
Labels
- 1937-2010 (2)
- aktiviti harian (14)
- Barclays Premier League Review (2)
- berundur bukan pengalah (4)
- Bola Sepak (3)
- borjois lintah dunia (1)
- cuti-cuti malaysia (2)
- ECL (1)
- economics (1)
- Europa League (1)
- EXAM (2)
- Fantasy Premier League (1)
- Hari Wanita Sedunia (1)
- hormon tak stabil (12)
- isu semasa (11)
- ketawa (1)
- makluman/informasi (52)
- masterpiece (17)
- monolog dalaman (53)
- Nukilan (51)
- Pause and Ponder (7)
- peristiwa (40)
- piala dunia (2)
- riadah (1)
- sambutan (19)
- sampah sarap penulisan (16)
- Sejarah (4)
- soal-jawab darth one (1)
- Sukan Sea (1)
- tag (3)
- Tribute (2)
- Tun M (1)
Sahabat Maya
-
36 soalan untuk suami isteri?1 day ago
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY3 years ago
-
-
-
-
-
TUNGGU PELUANG, CARI PELUANG..8 years ago
-
Warung Bunian8 years ago
-
-
-
Assalamualaikum 2016!10 years ago
-
Menjelajah Di Segenap Kehidupan11 years ago
-
Summer Wars (2009) Se Streaming11 years ago
-
DP BBM Cowok Sejati Gak Main Barbie11 years ago
-
Throwback E-Day..11 years ago
-
Kasih sayang tak terungkap12 years ago
-
Diharamkan Mengumpat13 years ago
-
an-Nisa13 years ago
-
2012 201213 years ago
-
Perdana Leadership Essay Competition 201213 years ago
-
I'll find a way to see you again14 years ago
-
Lover Broken Heart14 years ago
-
PD with kids! :)14 years ago
-
Dah Setahun Kerja Rupanya...14 years ago
-
da lame tak update15 years ago
-
One And Only You (Abah)15 years ago
-
-
UK General Election 2010.16 years ago
-
Pindah dah16 years ago
-
Pegorbanan Ramadhan17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Solidariti 9/11
Posted by : darth one on Monday, September 12, 2011 | Topik ini bersangkut paut dengan isu semasa, makluman/informasi, monolog dalaman, Nukilan, sambutan, sampah sarap penulisan, Sejarah | 0 Comments
Bayangan Sendiri, Gentar
anak bangsa telah leka,
dibawa arus permodenan dunia,
akal dangkal mengatasi segala,
terpesona dengan hanya satu propaganda
dewasa ini kita telah maju,
dilimpah dengan teknologi baru,
laman sesawang dan buku menjadi pemandu,
menjadikan kita tidak dungu
hidup jangan takut akan bayangan sendiri,
kelak akan membinasakan diri,
kebenaran pahit dan perit pasti,
namun ianya dapat beri kesedaran diri.
ayuh kita semua,
dan jangan kita lupa,
mengetahui kebenaran bukan binasa,
ia menjadikan kita manusia lebih berguna
Posted by : darth one on Monday, September 5, 2011 | Topik ini bersangkut paut dengan isu semasa, makluman/informasi, masterpiece, monolog dalaman, Nukilan, Pause and Ponder, peristiwa, sampah sarap penulisan, Sejarah | 0 Comments
Merdeka Kah Kah Kah?
1511 pemula cerita,
kisah bermula di bumi melaka,
pembelot punca penjajahan bermula,
membawa derita jiwa dan raga.
1946, sepuluh tahun sebelum merdeka,
PSM API Putera-amcja dan lain-lain bersiaga,
menentang penjajah yang durjana,
mengorbankan darah buat nusantara.
Ordinan Darurat diguna pelbagai cara,
untuk menyekat kemaraan 'penderhaka',
darah keringat tidak berhenti mengalir dibumi Malaya,
dicekalkan dek hati yang membara.
tika itu UMNO tiada,
hanya wujud parti haluan kiri saja,
merekalah menentang british celaka,
supaya dapat bebas dari genggaman mereka.
Muncul idea Malayan Union,
ketika itulah muncul dato Onn,
UMNO ditubuh sebagai pengganti dan perantaan,
'berbincang' menununtut kemerdekaan.
31 Ogos 1957 dan Stadium Merdeka penanda peristiwa,
akhirnya malaya milik kita,
Tunku Abdul Rahman sebagai ketua,
Melaung 'Merdeka Merdeka Merdeka' dan disahut 'Merdeka Merdeka Merdeka'.
tanggal 16 September 1963 lahir Malaysia,
Sabah Sarawak Semenanjung bersatu bersama,
pautan ini khabar gembira,
kerna ia satu lembaran berjaya.
Kisah yang lalu kita kenang,
tapi usah dilupakan,
agar tidak muncul petualang,
muncul kembali penjajahan.
Kini anak bangsa kian alpa,
tidak dijajah dengan tangan,
namun tewas pertarungan minda,
terlalu enak hanyut dalam buaian.
leka kita untung mereka,
menjajah tanpa perlu senjata,
dakyah minda permainkan mangsa,
bahananya maruah ternoda.
Beringatlah anak muda,
lupa sejarah bak lupa asal kita,
jangan di telan bulat-bulat apa di depan mata,
kelak kita akan merana.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat seluruh warga Malaysia dan juga Tanah Malaya!!!
Posted by : darth one on Monday, August 29, 2011 | Topik ini bersangkut paut dengan isu semasa, makluman/informasi, masterpiece, monolog dalaman, Nukilan, peristiwa, sambutan, sampah sarap penulisan | 0 Comments
gua SENYUM bai!
gua taip entri ni sebab gua bengang dengan KERAjaan. ini adalah sebab kenapa gua bengang.
1. KERAjaan berjanji tidak akan menaikkan kadar harga minyak RON95 pada tahun ini tapi mereka memungkirinya. bukti:
3. Kenaikan harga gula yang mengakibatkan harga barangan lain melonjak naik.
4. Gaji bapak gua gomen xnak naikkan selaras dengan kenaikkan harga barang.
5. Gua dengar cerita tarif elektrik bakal naik pada tahun 2011, tarikh masih tidak diketahui. sama kes dengan harga minyak ron95.
6. ok, ini bukan gomen nye cadangan tp antara org dalam gomen. Shahidan Kassim (xtau sape boleh google) mencadangkan supaya Fesbuk ditutup dan diharamkan di Malaysia kerana fesbuk ini boleh mengancam keselamatan negara. ciss, nanti gua nak berlibur dan berhibur kat mane?
7. gua rase cukup dulu. nanti gua update ag.
Posted by : darth one on Thursday, December 9, 2010 | Topik ini bersangkut paut dengan isu semasa, makluman/informasi, monolog dalaman | 0 Comments
Selamat Hari Pekerja
Posted by : darth one on Saturday, May 1, 2010 | Topik ini bersangkut paut dengan isu semasa, makluman/informasi, peristiwa, sambutan | 3 Comments
Selamat Hari Wanita Sedunia

Saban tahun, masyarakat antarabangsa meraikan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac. Pada tahun ini, tema yang digagaskan adalah “Equal Rights, Equal Opportunities: Progress for All”. Dengan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita tidak kira diri anda masih menganggap diri anda 'perempuan belum menjadi wanita'. Ini tidak termasuk yang 'ingin menjadi wanita'. Ucapan khas saya ditujukan kepada Mama (Maskinah Bt Sadikon), Nenek, Mak Cik -Mak Cik dan juga saudara mara serta sahabat handai daku. Terima kasih kerana menjadikan 'saya' hari ini.
*renung-renugkan, dan selamat beramal*
Posted by : darth one on Tuesday, March 9, 2010 | Topik ini bersangkut paut dengan Hari Wanita Sedunia, isu semasa, makluman/informasi, peristiwa | 0 Comments
Views on 1 Malaysia and Malaysian Economy
- Abstract :Econs student “The more I learn abt 1Msia & Najib, the more convinced I'm that this is another giant farce”
- link: http://bit.ly/cKnkOj
- source : Malaysian Insider
Posted by : darth one on Monday, March 1, 2010 | Topik ini bersangkut paut dengan economics, isu semasa, makluman/informasi, masterpiece | 0 Comments
Avatar Alert
Avatar alert! Video of Palestinian villagers dressing up as Na’vi & braving teargas to protest Israeli imperialism! http://bit.ly/apjVFY
sources :http://mypopin.tumblr.com
Posted by : darth one on Friday, February 19, 2010 | Topik ini bersangkut paut dengan isu semasa, makluman/informasi | 0 Comments
Media; Isu dan Permainan Isu
hari ini, isu yang kebanyakan daripada kita tidak menyedarinya sejak dari tarikh 01.01.10. tatkala ramai yang asyik dengan countdown tahun baru, mereka tidak sedar harga gula juga akan naik. hari ini aku malas nak mengupas kenaikan harga gula daripada RM1.45 ke RM1.65 per kg. Hari ini aku nak mengupas bagaimana media massa mengalih penumpuan isu-isu semasa lalu mengaburi mata kita, rakyat.
hari demi hari aku menonton televisyen arus perdana Malaysia (ASTRO xde, so terpaksa la menghadap apa yang ada). jadi secara tidak langsung aku pun menumpukan deria penglihatan dan pendengaran mengenai isu-isu yang sering bermain di kaca tv.
mengapa aku pilih mengupas media? apa perkaitan isu dan apa itu permainan isu? jawapannya, saja. bosan pula tiada kelas petang Khamis ni. huhu.
td baru sahaja berlalu berita pilihan ramai (aku yakin ramai yang xsuka tgk berita, bosan) jam 1.30-2.00ptg. aku sangat tertarik ngan tag line pembaca berita tu "kurangkan pengambilan untuk kesihatan". oh, sangat klise.
cane nak mula ya? erm... dari hujung tahun 2009 hingga kini jika korang perasan isu yang salu masuk berita ialah isu gula. bermula dengan isu sakit-sakit yang berkenaan gula. tak kisah la sakit ape pon. sakit kencing manis ke, darah tinggi ke, itulah permulaan permainan isu-isu semasa. bermula dengan bercerita tentang kesan utama daripada isu.
terus peringkat kedua, timbul pula isu-isu dibelakang isu asal. contoh mudah harga gula. jika korang perasan mula-mula cerita byk sakit lepas tuh ada pula cerita pasal seludup gula. isu penyeludupan gula disempadan Thai. ini isu lapuk. isu berzaman. xkan dua tahun xboleh setel. kat peringkat ni juga perbandingan harga antara satu negara dengan negara lain. kat isu ni teringat aku dalam ucapan DSAI mengutuk kenaikan harga minyak "jangan bandingkan harga bawang di India dengan harga bawang di Malaysia. Kita import, depa eksport". setahu aku Malaysia ada ladang tebu kt Perlis tu. dan bisnes gula ni boleh dikira monopoly sebab berapa sangat la kilang gula yang ada kat Malaysia. jangan bandingkan harga gula negara yang import.
peringkat ketiga, isu sudah berlaku. masa ini isu tersebut telah diumumkan. so ada la pihak2 yang tidak puas hati. buat demo dan sebagainya. [baca; demo, bantahan] masa ini bermulalah media melabon mengenai demo dan bantahan. kononnya ada pihak yang prihatin.
peringkat keempat, bermain lagi isu demo dan bantahan serta isu diperingkat kedua. pada peringkat ini mmg biasanya media masa akan mainkan isu ini dan ia dapat menyurutkan perhatian kita kerana sudah bosan dengan isu demo, bantah dsb.
peringkat terakhir, tiada berita lagi mengenai isu utama. mungkin ada sikit-sikit berita kecil. kita dah buat xport. buat dunno.
kesimpulannya, media massa memang kaki melabon bagi memastikan kita tidak mendapat berita sepenuhnya serta dapat bertindak dengan cara dan saluran yang betul. apa kata korang?
Posted by : darth one on Thursday, January 7, 2010 | Topik ini bersangkut paut dengan isu semasa, makluman/informasi, monolog dalaman, Nukilan, peristiwa | 0 Comments
a piece of note

to all my fellow friends, me and my friend (Agil) has been setting up a group in Facebook called 1MalaysiaWatch. It's a new group. The idea of this group is to discuss about the 1Malaysia proposed by our Prime Minister Dato' Seri Mohd Najib B Abd Razak.
Describe as "1Malaysia is a great idea, but here is what people want to say", it is not only giving us an opportunity to criticize, giving compliment and other but it also giving us as a group members to discuss the current issues that related to our beloved country. It include economy, social, politics and other.
so, I'd love to invite all my friends to join this group and discuss everything that pops up in your mind. It's not wrong to be indifferent ideas and thought. Welcome guys!
*you can click on this link; 1MalaysiaWatch or by clicking the picture above. it will directly you to the group sites. thank you.
Posted by : darth one on Thursday, December 24, 2009 | Topik ini bersangkut paut dengan isu semasa, makluman/informasi, peristiwa | 0 Comments
Luahan seorang rakyat biasa
Saya amat tertarik dengan berita-berita di akhbar mengenai Dasar Automotif Negara (DAN) yang telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Walaupun DAN ini dilaporkan secara ringkas sahaja tetapi hati saya mulai gusar dengan apa yang bakal berlaku selepas ini.
Saya menulis ini berdasarkan pemahaman saya berdasarkan laporan di media kerana saya hanyalah rakyat biasa, seperti kebanyakan rakyat di kampung atau luar bandar yang rata-rata tidak begitu mengerti dengan dasar-dasar yang kerajaan akan laksanakan.
Saya bukanlah antara orang yang mampu menukar kereta bagaikan menukar pakaian seperti taukeh besar, pegawai eksekutif atau ahli-ahli Yang Berhormat di luar sana.
Sejak akhir-akhir ini, saya lihat pelbagai peraturan dikenakan terhadap saya dan orang seperti saya untuk meneruskan kehidupan dengan memiliki kereta-kereta yang telah berusia lanjut.
Tidak cukup dengan kenaikan premium insuran pihak ketiga dan keengganan pihak insuran untuk menerima kereta-kereta kami ini, kali ini kami dikejutkan pula dengan DAN yang saya lihat akan banyak menguntungkan ahli-ahli korporat dunia automotif sahaja.
Dengan adanya DAN yang kononya dibuat atas dasar membantu merancakkan industri automotif negara, kami dipaksa secara halus untuk melepaskan kenderaan kami dan membeli kenderaan baru yang didakwa lebih moden serta berteknologi tinggi.
Padahal kami tidak memerlukan kenderaan canggih untuk ke tempat beribadat atau kerja. Cukuplah dengan ketenangan fikiran kami yang bebas daripada hutang pinjaman kenderaan.
Kenderaan yang moden dan canggih tentu sekali datang dengan harga yang kami tidak mampu membelinya secara tunai.
Tetapi jika DAN ini terus menekan kami, maka terpaksalah kami membelinya secara hutang. Kami ingin bertanya kepada pihak berkenaan, adakah dengan berhutang menandakan kita telah maju dan negara akan makin cepat membangun?
Saya juga amat tertarik dengan kenyataan menteri berkaitan yang berhasrat menghentikan kemasukan alat ganti kenderaan terpakai ke negara ini serta komitmen beliau untuk memberi insentif kepada mereka yang ingin membangunkan alat ganti automatif di dalam negara.
Saya berpendapat, tindakan tersebut hanya akan menguntungkan sebelah pihak sahaja dan tentu sekali pihak kami iaitu rakyat biasa akan rugi selama-lamanya.
Mungkin antara kami mampu untuk membeli kenderaan baru secara hutang tetapi belum tentu kami mampu untuk mendapatkan alat ganti kenderaan dengan harga yang munasabah.
Jika kemasukan alat ganti kenderaan terpakai dihentikan, kami terpaksa mendapatkan alat ganti baru yang bukan semuanya datang dengan harga yang mampu milik.
Sebagai contoh, harga kotak gear canggih kereta nasional yang dilancarkan dahulu bagaikan mimpi ngeri kepada pemilik-pemiliknya.
Harganya mencecah belasan ribu ringgit dan tidak sepadan dengan harga keretanya yang kini dalam promosi mudah milik oleh pengeluarnya.
Ia bagaikan kata orang tua-tua di kampung, "mahal tali daripada lembu". Persoalan kami, adakah DAN akan memberi jaminan kepada kami untuk mendapatkan harga alat ganti dengan murah dan berkualiti?
Berdasarkan pengalaman, kebanyakan alat ganti buatan tempatan terlalu rendah kualitinya dan ia boleh membahayakan pengguna pula.
Oleh itu, kami amat berharap kerajaan dapat mengkaji semula DAN demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.
Kami bukanlah menentang pelaksanaan DAN tetapi biarlah ia dapat memberi manafaat kepada seluruh rakyat, bukannya kepada pihak tertentu sahaja.
Dengarlah rintihan orang seperti kami. Jangan hancurkan kepercayaan kami.
Jika rintihan kami diabaikan, maka konsep 1Malaysia yang dicanangkan akan gagal di tengah jalan kerana apa yang kami lihat, keutamaan hanya diberikan kepada pihak-pihak tertentu sahaja.
dipetik daripada : malaysiakini
nah kau. sekali lagi kita bakal terhimpit dengan ketamakan borjois. inilah projek menyusahkan rakyat, secara halus menyedut segala duit rakyat untuk keentingan sendiri. yang kaya makin kaya, yang kurang kemampuan semakin kurang kemampuannya.
apa kata anda?
Posted by : darth one on Monday, December 14, 2009 | Topik ini bersangkut paut dengan borjois lintah dunia, isu semasa, makluman/informasi, monolog dalaman, Nukilan | 0 Comments

