ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam

    Favourite Quotes

    # "I am not a has-been. I am a will be"

    # "determine to do some thinking for yourself. Don't live entirely upon the thoughts of others. don't be an automaton"

    # "The most pathetic person in the world is someone who has sight but has no vision"

    # "the act of putting pen to paper encourages pause for thought, this is turn makes us think more deeply about life, which helps us regain our equilibrium"

Sahabat Maya

Bangkit Semula


Telah lama aku menyepi,
Kini terbit rasa ingin kembali,
Dek kerna terlalu sibuk urusan diri,
Hanya kemaafan yang daku ingini.

Sekadar makluman buat saudara saudari,
Kesibukan ini adalah takdir Ilahi,
Sibuk daku menyiapkan diri,
Untuk membina 'masjid' yang diimpi.

Setiap hari kita mengharungi masa,
Ia pantas tidak menunggu sesiapa,
Berharap agar tiada berpanjangan duka,
Hanya meminta keberkatan dan bahagia.

Setiap pemula ada penamat,
Berharap ini bukan alamat,
Hari ini hanya entri singkat,
Mungkin esok lusa meningkat.

                                                                                                               darthoneavenue
                                                                                                             

Salam Maulud Malaysia


Pagi Jumaat Penghulu hari,
Hari Malaysia kita rai,
Bersyukur kita ke hidrat Ilahi,
Atas segala nikmat yang diberi.

Salam Maulud Malaysia. Semoga negara kita akan sentiasa aman makmur. wahai anak bangsa, negara kita milik kita. kitalah pemacu arah tuju negara kita.

Solidariti 9/11


semalam ulang tahun runtuhnya keangkuhan pencakar langit negara uncle sam. ianya yang kesepuluh. solidariti buat mangsa kejadian. biarpun berlainan agama, bangsa dan negara, kita patut menentang kekejaman, kezaliman dan juga keganasan.salam keamanan dunia.


p/s: solidariti juga buat mangsa kejadian rompakan di kedai mamak seksyen 15, Shah Alam. manusia durjana merompak manusia lain. woih! buat kerja halal baru lah dapat berkat!

Bayangan Sendiri, Gentar


anak bangsa telah leka,
dibawa arus permodenan dunia,
akal dangkal mengatasi segala,
terpesona dengan hanya satu propaganda

dewasa ini kita telah maju,
dilimpah dengan teknologi baru,
laman sesawang dan buku menjadi pemandu,
menjadikan kita tidak dungu

hidup jangan takut akan bayangan sendiri,
kelak akan membinasakan diri,
kebenaran pahit dan perit pasti,
namun ianya dapat beri kesedaran diri.

ayuh kita semua,
dan jangan kita lupa,
mengetahui kebenaran bukan binasa,
ia menjadikan kita manusia lebih berguna

Salam Eidul-Fitri


Bismillah pembuka bicara,
membuka lebaran dan perkara,
kali ini ramadhan dan syawal punya cerita,
buat muslimin muslimat semua.

hadir ramadhan kareem yg mulia,
diseru dan wajib kita berpuasa,
siang berlapar dan malam ibadah jangan lupa,
mencari keberkatan daripada yang ESA.

Lailatul Qadar dicari-cari,
manfaatnya lebih daripada yang kita impi,
itulah janji daripada Ilahi,
buat kita mengabdi diri.

Tiba syawal tanda kemenangan,
setelah sebulan menahan kelaparan,
tiba sudah hari lebaran,
disahut dan disambut penuh keriangan.

Aidilfitri disambut gembira,
tidak kira pangkat, darjat atau usia,
yang kaya memberi yang miskin menerima,
agar raya lebih bermakna.

diri ini penuh kekhilafan,
memang resam manusia dalam kehidupan,
tidak lari dari buat kesilapan,
tangan disusun dan kuhulur memohon kemaafan.



Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin gua ucapkan kepada semua pembaca blog gua yg tak seberapa ni. pergh, bajet banyak readers dan followers plak. haha

Merdeka Kah Kah Kah?


1511 pemula cerita,
kisah bermula di bumi melaka,
pembelot punca penjajahan bermula,
membawa derita jiwa dan raga.

1946, sepuluh tahun sebelum merdeka,
PSM API Putera-amcja dan lain-lain bersiaga,
menentang penjajah yang durjana,
mengorbankan darah buat nusantara.

Ordinan Darurat diguna pelbagai cara,
untuk menyekat kemaraan 'penderhaka',
darah keringat tidak berhenti mengalir dibumi Malaya,
dicekalkan dek hati yang membara.

tika itu UMNO tiada,
hanya wujud parti haluan kiri saja,
merekalah menentang british celaka,
supaya dapat bebas dari genggaman mereka.

Muncul idea Malayan Union,
ketika itulah muncul dato Onn,
UMNO ditubuh sebagai pengganti dan perantaan,
'berbincang' menununtut kemerdekaan.

31 Ogos 1957 dan Stadium Merdeka penanda peristiwa,
akhirnya malaya milik kita,
Tunku Abdul Rahman sebagai ketua,
Melaung 'Merdeka Merdeka Merdeka' dan disahut 'Merdeka Merdeka Merdeka'.

tanggal 16 September 1963 lahir Malaysia,
Sabah Sarawak Semenanjung bersatu bersama,
pautan ini khabar gembira,
kerna ia satu lembaran berjaya.

Kisah yang lalu kita kenang,
tapi usah dilupakan,
agar tidak muncul petualang,
muncul kembali penjajahan.

Kini anak bangsa kian alpa,
tidak dijajah dengan tangan,
namun tewas pertarungan minda,
terlalu enak hanyut dalam buaian.

leka kita untung mereka,
menjajah tanpa perlu senjata,
dakyah minda permainkan mangsa,
bahananya maruah ternoda.

Beringatlah anak muda,
lupa sejarah bak lupa asal kita,
jangan di telan bulat-bulat apa di depan mata,
kelak kita akan merana.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat seluruh warga Malaysia dan juga Tanah Malaya!!!

Masa itu Emas

Waktu Solat

formspring.me


Ruangan Bersembang

Barclays Premier League Live Scores

Kick Out Racism

Kick Out Racism
stop racism because racism against citizens is a serious matter

Followers